Friday, 8 November 2013
Thursday, 21 March 2013
PINEAPPLE CHEESE TART
Assalamualaikum semua !!!
Hari ni kita layan Cheese Tart berperisa Jem Nenas.
Tart biasa-biasa tu pernah lah buat tapi bila tengok hasil tangan Azlita, fuhh!! terpesona habis. Jom kita asah bakat terpendam..... hehehe
Kulit Tart
Acuan Tart
100 gram butter
75 gram Icing Sugar (Kalau nak buat pada hari yang sama, gunakan Icing Sugar. Tetapi jika nak buat keesokkan hari, boleh guna castor sugar).
1/2 biji telur gred B
200 gram Tepung gandum
sedikit esen vanila
Cara-Cara Mengadun Kulit:-
1. Kacau butter dengan spatula atau senduk kayu sehingga butter lembut.
2. Masukkan ising sugar, adun <> 3 minit biar rata.
3. Masukkan telur, terus adun <> 3 minit juga.
4. Akhir sekali masukkan tepung.
5. Tutup mangkuk adunan dengan tuala lembab dan simpan <> 1 jam sebelum ditekap pada acuan.
6. Sapu sedikit shortening pada acuan (permulaan sahaja. Sekiranya acuan digunakan untuk kali seterusnya tidak perlu sapuan shortening lagi)
7. Ambil adunan sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan.
8. Bakar dalam oven suhu 150 C (suhu atas dan bawah) selama 1/2 jam atau sehingga kulit tart bertukar keperangan sedikit
9. Segera keluarkan dari acuan (untuk mengelakkan kesukaran jika ia dah sejuk).
Filling
Jem Nenas (Boleh gunakan perbagai jenis jem mengikut kesukaan)
Cheese (Sumber: Azlita)
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
50gm gula kastor
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-Cara Mengadun Cheese:-
1.Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
4. Putar dia sampai berkilat jangan terlebih putar nanti ia terlalu cair dan tak cantik bila kita letak 5. dalam shell sebab dia flat tak munjut2.
Jangan sekejap sangat pulak nanti dia tak licin tak cantik jugak! jadi yg sedang2 aje nampak berkilat tu dah OK!
Wednesday, 20 March 2013
BUTTERMILK PANCAKE
Menu sarapan pagi BUTTERMILK PANCAKE.
Ohhh lembut nya... tak rugi mencuba resepi dari CMG. Lembut sangat-sangat ditambah lagi dengan kelemakkan dan keharuman butter.
Jom kita semak RESEPI .....
BAHAN A (Satukan dan ayak)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh sodium bicarbonate
BAHAN B (Campurkan semua dan pukul dengan Whisk)
1 camca besar gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka makan( Simpan <> 5 minit hingga mendadih)
4 camca besar susu segar
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur
Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan A di ayak dn bahan B dibancuh dengan whisk.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A.
3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit butter.
4. Sendukkan adunan ke dalam Nons Stick Pan dan biarkan ia rata sendiri (Tak perlu lenggang).
5. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering.Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan.
6. Angkat dan buat kaedah sana untuk baki adunan. Saya dapat 6 keping untuk satu adunan ini.
Cuba lah.... SEDAP dan amat lembut.
* Selamat menjamu selera .....
Tuesday, 19 March 2013
KUZI DAGING
Assalamualaikum semua...
Hari ini masak apa ???. Emmm saya masak Kuzi daging. Dah selalu masak gulai, jadi hari ni ubah selera dengan Kuzi la pula.
Jom kita semak RESEPI .....
BAHAN A
2 sudu besar minyak sapi GEE BLEND
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
BAHAN B
2 sudu besar penuh rempah Kuzi
4 biji tomato (dibelah 4)
1/2 kilo daging (dipotong besar)
Air <> 4 cawan air (boleh dikurangkan jika guna daging 'Batang Pinang')
BAHAN C
Santan dari 1/2 biji kelapa
2 biji ubi kentang (dibelah 2)
sedikit garam
BAHAN D
2 biji tomato (dibelah 2)
2 tangkai daun ketumbar
2 biji cili hijau
1 biji bawang besar (dibelah 4)
BAHAN E
sedikit minyak masak
3 sudu besar kismis
Cara-Cara Memasak :-
1. Panaskan minyak sapi GHEE BLEND didalam kuali.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang keperangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga daging lembut dan terbit sedikit minyak.
4. Masukkan bahan C dan masak seketika sehingga kuah pekat semula.
5. Masukkan bahan D.
6. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan goreng kismis <> 1 minit. (bahan E)
7. Masukkan kismis bersama minyak kedalam masakan (item 6) di atas.
8. Siap.
* Selamat menjamu selera .....
Kueteau Goreng Udang
Sarapan pagi hari ini Kueteau Goreng Udang
Jom Kita semak RESEPI .....
Minyak untuk menumis
BAHAN A (Di tumbuk)
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang Putih
BAHAN B
6 biji cili kering - mesin halus
2 sudu besar gula pasir
Sos Cili LIFE
Sedikit Fish Ball/Fish cake
Sedikit Kicap MANIS Kipas Udang
Garam
BAHAN C
10 ekor udang hidup yang bersaiz besar
Sedikit kerang rebus
BAHAN D
1/2 kati keateau
segenggam taugeh
BAHAN E
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah
Limau Kasturi
Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan A dan masak sehingga bawang keperangan.
3. Masukkan bahan B dan sedikit air. Masak sehingga cili masak dan air kering sedikit.
4. Masukkan bahan C (Udang jangan dimasukkan terlalu awal.. step 2 atau 3 kerana ia akan menjadi terlalu kecut dan kurang segar)
5. Masukkan keateau dan ratakan.
6. Sebelum angkat masukkan taugeh. Kacau-kacau dan terus angkat untuk mengelakkan taugeh kecut.
7. Taburkan bahan hiasan di atas bihun.
* Selamat menjamu selera .....
Monday, 18 March 2013
KUIH CARA MANIS
Assalamualaikum semua,
Haii lama to ber online kerna FB ada masaalah sikit. OK lah tak nak bercerita panjang, pagi ni saya bersarapan kuih cara manis. Jom kita semak RESEPI....
Campurkan semua dibawah dan blend
1 cawan tepung gandum
0.5 cawan santan pekat
1.5 cawan air
1 biji telur (kalau kuih melekat/ susah nak lekang dari acuan.. boleh ditambahkan sebiji lagi telur)
3 sudu minyak masak
sedikit garam
sedikit warna hijau + pewangi daun pandan (boleh juga menggunakan air daun pandan)
Sedikit minyak
1 helai daun pandan
Gula putih
Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan acuan Kuih cara
2. sapu sedikit minyak pada acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak bertakung.
3. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan... hampir-hampir penuh (lebih dari 3/4)
4. Biarkan seketika <> 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.. barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh). (Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan.
5. Tutup dengan tudung periuk.
6. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.
* Selamat menjamu selera .....
Sunday, 3 March 2013
ROTI TELUR SARDIN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !
1 sudu besar butter
3 biji telur ayam
1 tin kecil Ikan sardin
1 biji bawang besar(dihiris sederhana tebal)
2 biji tomato (dihiris sederhana tebal)
2 biji cili padi (dihiris)
1/2 Sudu teh lada hitam (ditumbuk)
sedikit garam
Roti Gardenia
Daun salad
sedikit butter untuk sapuan
Cara memasak Ikan Sardin:-
1. Panaskan butter dalam kuali.
2. Masukkan telur dan kacau sehingga 1/2 hancur.
3. Masukkan ikan sardin(hancurkan sedikit), garam dan lada hitam. Kacau-kacau <> 3 minit dan tutup api.
5. Masukkan tomato biji, bawang besar dan gaul. Siap untuk di letakkan atas roti.
Simple kan....Selamat menjamu selera .....
Subscribe to:
Posts (Atom)