Tuesday 12 February 2013
SUP IKAN MERAH
Assalamualaikum semua.
Post saya hari ini adalah menu yang serba ringkas iaitu Sup Ikan Merah.
Jom kita semak RESEPI.....
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN A (ditumbuk)
2 ulas bawang besar atau 10 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
BAHAN B
6 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
sedikit halia (di hiris halus)
BAHAN C
anggaran 5-6 gelas air untuk dijadikan kuah
1 kiub ikan bilis KNOR
sedikit garam
BAHAN D
1 ekor Ikan merah
BAHAN E
3 tangkai daun Ketumbar
2 tangkai daun Sup
6 biji cili padi
2 batang Saderi
Cara-cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bahan A dan B dan goreng sehingga bawang menjadi keperangan.
3. Masukkan bahan C dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan bahan D, perlahan kan api dan masak sehingga kuah mendidih semula.
5. Akhir sekali sebelum angkat, masukkan bahan E.
* Selamat menjamu selera...
share gambar d an resepi boleh ke
ReplyDelete