Thursday, 21 March 2013

PINEAPPLE CHEESE TART

 
 
 





Assalamualaikum semua !!!

Hari ni kita layan Cheese Tart berperisa Jem Nenas.
Tart biasa-biasa tu pernah lah buat tapi bila tengok hasil tangan Azlita, fuhh!! terpesona habis. Jom kita asah bakat terpendam..... hehehe

Kulit Tart
Acuan Tart
100 gram butter
75 gram Icing Sugar (Kalau nak buat pada hari yang sama, gunakan Icing Sugar. Tetapi jika nak buat keesokkan hari, boleh guna castor sugar).
1/2 biji telur gred B
200 gram Tepung gandum
sedikit esen vanila

Cara-Cara Mengadun Kulit:-
1. Kacau butter dengan spatula atau senduk kayu sehingga butter lembut.
2. Masukkan ising sugar, adun <> 3 minit biar rata.
3. Masukkan telur, terus adun <> 3 minit juga.
4. Akhir sekali masukkan tepung.
5. Tutup mangkuk adunan dengan tuala lembab dan simpan <> 1 jam sebelum ditekap pada acuan.

6. Sapu sedikit shortening pada acuan (permulaan sahaja. Sekiranya acuan digunakan untuk kali seterusnya tidak perlu sapuan shortening lagi)
7. Ambil adunan sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan.
8. Bakar dalam oven suhu 150 C (suhu atas dan bawah) selama  1/2 jam atau sehingga kulit tart bertukar keperangan sedikit
9. Segera keluarkan dari acuan (untuk mengelakkan kesukaran jika ia dah sejuk).

Filling
Jem Nenas  (Boleh gunakan perbagai jenis jem mengikut kesukaan)

Cheese (Sumber: Azlita)
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-Cara Mengadun Cheese:-
1.Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
4. Putar dia sampai berkilat jangan terlebih putar nanti ia terlalu cair dan tak cantik bila kita letak 5. dalam shell sebab dia flat tak munjut2.
Jangan sekejap sangat pulak nanti dia tak licin tak cantik jugak! jadi yg sedang2 aje nampak berkilat tu dah OK!

Wednesday, 20 March 2013

BUTTERMILK PANCAKE


Menu sarapan pagi BUTTERMILK PANCAKE.

Ohhh lembut nya... tak rugi mencuba resepi dari CMG. Lembut sangat-sangat ditambah lagi dengan kelemakkan dan keharuman butter.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Satukan dan ayak)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh sodium bicarbonate

BAHAN B (Campurkan semua dan pukul dengan Whisk)
1 camca besar gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka makan( Simpan <> 5 minit hingga mendadih)
4 camca besar susu segar
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan A di ayak dn bahan B dibancuh dengan whisk.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A.
3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit butter.
4. Sendukkan adunan ke dalam Nons Stick Pan dan biarkan ia rata sendiri (Tak perlu lenggang).
5. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering.Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan.
6. Angkat dan buat kaedah sana untuk baki adunan. Saya dapat 6 keping untuk satu adunan ini.
Cuba lah.... SEDAP dan amat lembut.

* Selamat menjamu selera .....


Tuesday, 19 March 2013

KUZI DAGING

 
 
Assalamualaikum semua...
 
Hari ini masak apa ???. Emmm saya masak Kuzi daging. Dah selalu masak gulai, jadi hari ni ubah selera dengan Kuzi la pula.  
 
Jom kita semak RESEPI .....
 
BAHAN A
2 sudu besar minyak sapi GEE BLEND
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang  
2 biji buah pelaga
 
BAHAN B
2 sudu besar penuh rempah Kuzi
4 biji tomato (dibelah 4)
1/2 kilo daging (dipotong besar)
Air <> 4 cawan air (boleh dikurangkan jika guna daging 'Batang Pinang')
 
BAHAN C
Santan dari 1/2 biji kelapa
2 biji ubi kentang (dibelah 2)
sedikit garam
 
BAHAN D
2 biji tomato (dibelah 2)
2 tangkai daun ketumbar
2 biji cili hijau 
1 biji bawang besar (dibelah 4)
 
BAHAN E
sedikit minyak masak
3 sudu besar kismis
 
Cara-Cara Memasak :-
1. Panaskan minyak sapi GHEE BLEND didalam kuali.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang keperangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga daging lembut dan terbit sedikit minyak.
4. Masukkan bahan C dan masak seketika sehingga kuah pekat semula.
5. Masukkan bahan D.
 
6. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan goreng kismis <> 1 minit. (bahan E)
7. Masukkan kismis bersama minyak kedalam masakan (item 6) di atas.
8. Siap.
 
* Selamat menjamu selera .....
 
 

 

Kueteau Goreng Udang


Sarapan pagi hari ini  Kueteau Goreng Udang

Jom Kita semak RESEPI .....

Minyak untuk menumis

BAHAN A (Di tumbuk)
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang Putih

BAHAN B
6 biji cili kering - mesin halus
2 sudu besar gula pasir
Sos Cili LIFE
Sedikit Fish Ball/Fish cake
Sedikit Kicap MANIS Kipas Udang
Garam

BAHAN C
10 ekor udang hidup yang bersaiz besar
Sedikit kerang rebus

BAHAN D
1/2 kati keateau
segenggam taugeh

BAHAN E
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah
Limau Kasturi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan A dan masak sehingga bawang keperangan.
3. Masukkan bahan B dan sedikit air. Masak sehingga cili masak dan air kering sedikit.
4. Masukkan bahan C (Udang jangan dimasukkan terlalu awal.. step 2 atau 3 kerana ia akan menjadi terlalu kecut dan kurang segar)
5. Masukkan keateau dan ratakan.
6. Sebelum angkat masukkan taugeh. Kacau-kacau dan terus angkat untuk mengelakkan taugeh kecut.
7. Taburkan bahan hiasan di atas bihun.

* Selamat menjamu selera .....

Monday, 18 March 2013

KUIH CARA MANIS



 

Assalamualaikum semua,

Haii lama to ber online kerna FB ada masaalah sikit. OK lah tak nak bercerita panjang, pagi ni saya bersarapan kuih cara manis.  Jom kita semak RESEPI....

Campurkan semua dibawah dan blend
1 cawan tepung gandum
0.5 cawan santan pekat
1.5 cawan air
1 biji telur (kalau kuih melekat/ susah nak lekang dari acuan.. boleh ditambahkan sebiji lagi telur)
3 sudu minyak masak
sedikit garam
sedikit warna hijau + pewangi daun pandan (boleh juga menggunakan air daun pandan)

Sedikit minyak
1 helai daun pandan

Gula putih

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan acuan Kuih cara
2. sapu sedikit minyak pada acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak bertakung.
3. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan... hampir-hampir penuh (lebih dari 3/4)
4. Biarkan seketika <> 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.. barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh). (Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan.
5. Tutup dengan tudung periuk.
6. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.

* Selamat menjamu selera .....

Sunday, 3 March 2013

ROTI TELUR SARDIN

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !
 
Sarapan apa pagi ni ? mmmmm... jom kita sarapan Roti Telur Sardin

1 sudu besar butter
3 biji telur ayam
1 tin kecil Ikan sardin
1 biji bawang besar(dihiris sederhana tebal)
2 biji tomato (dihiris sederhana tebal)
2 biji cili padi (dihiris)
1/2 Sudu teh lada hitam (ditumbuk)
sedikit garam

Roti Gardenia
Daun salad
sedikit butter untuk sapuan

Cara memasak Ikan Sardin:-
1. Panaskan butter dalam kuali.
2. Masukkan telur dan kacau sehingga 1/2 hancur.
3. Masukkan ikan sardin(hancurkan sedikit), garam  dan lada hitam. Kacau-kacau <> 3 minit dan tutup api.
5. Masukkan tomato biji, bawang besar dan gaul.  Siap untuk di letakkan atas roti.

Simple kan....Selamat menjamu selera .....

Saturday, 2 March 2013

AIR JAMBU BATU

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Lagi dan lagi  ....Air Jambu Batu

Minggu lepas dah buat... sedap sangat-sangat. Jadi Minggu ni saya buat lagi. Nak minum sampai jemu hehehe...

Jom kita semak RESEPI ....

2 biji Jambu Batu (Yang tiada biji)
Gula Putih dalam 4-5 sudu besar (Ikut kemanisan masing-masing la..)
Air secukupnya dalam 1 Jug

Cara membuat nya:-
1. Masukkan semua dalam blender dan blend.
2. Siap. Boleh terus minum.... Tak payah ditapis
Lagi sedap kalau minum dingin-dingin.

* Selamat menjamu selera .....






Friday, 1 March 2013

GULAI IKAN SENANGIN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Menu hari ini saperti biasa, Kari Penang ...'Gulai Ikan Senangin'.
Saya memang jarang sekali beli Ikan Senangin. Tapi entah kenapa hari ni teringin pula nak makan.
Rasa isi ikan senangin ni memang amat sedap kalau nak dibandingkan dengan Ikan bawal. Mmmmm patutlah harga nya agak mahal.


So hari ni tiada apa-apa rampai yang dimasukkan kedalam gulai...kerana nak menikmati keenakan Ikan Senangin itu sendiri.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Bahan Tumis)
sedikit minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bahan Rempah)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
1 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
4 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan Babas
sedikit garam
60 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas


BAHAN C
2 ekor Ikan senangin yang bersaiz besar(dipotong mengikut kesukaan)
Santan cair dari 1/2 biji kelapa

Bahan D (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar dibelah 2 dan di buang biji

Cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis Bahan A. Sentiasa dikacau supaya bawang tidak hangit dan masak sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besarkan api.
3. Apabila tumisan mendidih <> 5 minit, kecilkan api sedikit dan biarkan rempah masak sehingga terbit minyak yang banyak.   * Setiap 5 minit pastikan ia dikacau supaya tidak hangit dan berkerak .
4. Masukkan santan dan kacau supaya rempah sebati dengan santan. Dan terus masukkan Ikan, bahan D dan kecilkan api.
5. Biar gulai masak perlahan-lahan sehingga mendidih kembali dan diangkat.


* Selamat menjamu selera ....