Friday, 1 March 2013
GULAI IKAN SENANGIN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !
Menu hari ini saperti biasa, Kari Penang ...'Gulai Ikan Senangin'.
Saya memang jarang sekali beli Ikan Senangin. Tapi entah kenapa hari ni teringin pula nak makan.
Rasa isi ikan senangin ni memang amat sedap kalau nak dibandingkan dengan Ikan bawal. Mmmmm patutlah harga nya agak mahal.
So hari ni tiada apa-apa rampai yang dimasukkan kedalam gulai...kerana nak menikmati keenakan Ikan Senangin itu sendiri.
Jom kita semak RESEPI .....
BAHAN A (Bahan Tumis)
sedikit minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
1 sudu besar halba campur
BAHAN B (Bahan Rempah)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
1 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
4 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan Babas
sedikit garam
60 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas
BAHAN C
2 ekor Ikan senangin yang bersaiz besar(dipotong mengikut kesukaan)
Santan cair dari 1/2 biji kelapa
Bahan D (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar dibelah 2 dan di buang biji
Cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis Bahan A. Sentiasa dikacau supaya bawang tidak hangit dan masak sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besarkan api.
3. Apabila tumisan mendidih <> 5 minit, kecilkan api sedikit dan biarkan rempah masak sehingga terbit minyak yang banyak. * Setiap 5 minit pastikan ia dikacau supaya tidak hangit dan berkerak .
4. Masukkan santan dan kacau supaya rempah sebati dengan santan. Dan terus masukkan Ikan, bahan D dan kecilkan api.
5. Biar gulai masak perlahan-lahan sehingga mendidih kembali dan diangkat.
* Selamat menjamu selera ....
No comments:
Post a Comment