Friday, 8 November 2013

Thursday, 21 March 2013

PINEAPPLE CHEESE TART

 
 
 





Assalamualaikum semua !!!

Hari ni kita layan Cheese Tart berperisa Jem Nenas.
Tart biasa-biasa tu pernah lah buat tapi bila tengok hasil tangan Azlita, fuhh!! terpesona habis. Jom kita asah bakat terpendam..... hehehe

Kulit Tart
Acuan Tart
100 gram butter
75 gram Icing Sugar (Kalau nak buat pada hari yang sama, gunakan Icing Sugar. Tetapi jika nak buat keesokkan hari, boleh guna castor sugar).
1/2 biji telur gred B
200 gram Tepung gandum
sedikit esen vanila

Cara-Cara Mengadun Kulit:-
1. Kacau butter dengan spatula atau senduk kayu sehingga butter lembut.
2. Masukkan ising sugar, adun <> 3 minit biar rata.
3. Masukkan telur, terus adun <> 3 minit juga.
4. Akhir sekali masukkan tepung.
5. Tutup mangkuk adunan dengan tuala lembab dan simpan <> 1 jam sebelum ditekap pada acuan.

6. Sapu sedikit shortening pada acuan (permulaan sahaja. Sekiranya acuan digunakan untuk kali seterusnya tidak perlu sapuan shortening lagi)
7. Ambil adunan sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan.
8. Bakar dalam oven suhu 150 C (suhu atas dan bawah) selama  1/2 jam atau sehingga kulit tart bertukar keperangan sedikit
9. Segera keluarkan dari acuan (untuk mengelakkan kesukaran jika ia dah sejuk).

Filling
Jem Nenas  (Boleh gunakan perbagai jenis jem mengikut kesukaan)

Cheese (Sumber: Azlita)
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-Cara Mengadun Cheese:-
1.Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
4. Putar dia sampai berkilat jangan terlebih putar nanti ia terlalu cair dan tak cantik bila kita letak 5. dalam shell sebab dia flat tak munjut2.
Jangan sekejap sangat pulak nanti dia tak licin tak cantik jugak! jadi yg sedang2 aje nampak berkilat tu dah OK!

Wednesday, 20 March 2013

BUTTERMILK PANCAKE


Menu sarapan pagi BUTTERMILK PANCAKE.

Ohhh lembut nya... tak rugi mencuba resepi dari CMG. Lembut sangat-sangat ditambah lagi dengan kelemakkan dan keharuman butter.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Satukan dan ayak)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh sodium bicarbonate

BAHAN B (Campurkan semua dan pukul dengan Whisk)
1 camca besar gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka makan( Simpan <> 5 minit hingga mendadih)
4 camca besar susu segar
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan A di ayak dn bahan B dibancuh dengan whisk.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A.
3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit butter.
4. Sendukkan adunan ke dalam Nons Stick Pan dan biarkan ia rata sendiri (Tak perlu lenggang).
5. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering.Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan.
6. Angkat dan buat kaedah sana untuk baki adunan. Saya dapat 6 keping untuk satu adunan ini.
Cuba lah.... SEDAP dan amat lembut.

* Selamat menjamu selera .....


Tuesday, 19 March 2013

KUZI DAGING

 
 
Assalamualaikum semua...
 
Hari ini masak apa ???. Emmm saya masak Kuzi daging. Dah selalu masak gulai, jadi hari ni ubah selera dengan Kuzi la pula.  
 
Jom kita semak RESEPI .....
 
BAHAN A
2 sudu besar minyak sapi GEE BLEND
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang  
2 biji buah pelaga
 
BAHAN B
2 sudu besar penuh rempah Kuzi
4 biji tomato (dibelah 4)
1/2 kilo daging (dipotong besar)
Air <> 4 cawan air (boleh dikurangkan jika guna daging 'Batang Pinang')
 
BAHAN C
Santan dari 1/2 biji kelapa
2 biji ubi kentang (dibelah 2)
sedikit garam
 
BAHAN D
2 biji tomato (dibelah 2)
2 tangkai daun ketumbar
2 biji cili hijau 
1 biji bawang besar (dibelah 4)
 
BAHAN E
sedikit minyak masak
3 sudu besar kismis
 
Cara-Cara Memasak :-
1. Panaskan minyak sapi GHEE BLEND didalam kuali.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang keperangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga daging lembut dan terbit sedikit minyak.
4. Masukkan bahan C dan masak seketika sehingga kuah pekat semula.
5. Masukkan bahan D.
 
6. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan goreng kismis <> 1 minit. (bahan E)
7. Masukkan kismis bersama minyak kedalam masakan (item 6) di atas.
8. Siap.
 
* Selamat menjamu selera .....
 
 

 

Kueteau Goreng Udang


Sarapan pagi hari ini  Kueteau Goreng Udang

Jom Kita semak RESEPI .....

Minyak untuk menumis

BAHAN A (Di tumbuk)
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang Putih

BAHAN B
6 biji cili kering - mesin halus
2 sudu besar gula pasir
Sos Cili LIFE
Sedikit Fish Ball/Fish cake
Sedikit Kicap MANIS Kipas Udang
Garam

BAHAN C
10 ekor udang hidup yang bersaiz besar
Sedikit kerang rebus

BAHAN D
1/2 kati keateau
segenggam taugeh

BAHAN E
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah
Limau Kasturi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan A dan masak sehingga bawang keperangan.
3. Masukkan bahan B dan sedikit air. Masak sehingga cili masak dan air kering sedikit.
4. Masukkan bahan C (Udang jangan dimasukkan terlalu awal.. step 2 atau 3 kerana ia akan menjadi terlalu kecut dan kurang segar)
5. Masukkan keateau dan ratakan.
6. Sebelum angkat masukkan taugeh. Kacau-kacau dan terus angkat untuk mengelakkan taugeh kecut.
7. Taburkan bahan hiasan di atas bihun.

* Selamat menjamu selera .....

Monday, 18 March 2013

KUIH CARA MANIS



 

Assalamualaikum semua,

Haii lama to ber online kerna FB ada masaalah sikit. OK lah tak nak bercerita panjang, pagi ni saya bersarapan kuih cara manis.  Jom kita semak RESEPI....

Campurkan semua dibawah dan blend
1 cawan tepung gandum
0.5 cawan santan pekat
1.5 cawan air
1 biji telur (kalau kuih melekat/ susah nak lekang dari acuan.. boleh ditambahkan sebiji lagi telur)
3 sudu minyak masak
sedikit garam
sedikit warna hijau + pewangi daun pandan (boleh juga menggunakan air daun pandan)

Sedikit minyak
1 helai daun pandan

Gula putih

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan acuan Kuih cara
2. sapu sedikit minyak pada acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak bertakung.
3. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan... hampir-hampir penuh (lebih dari 3/4)
4. Biarkan seketika <> 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.. barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh). (Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan.
5. Tutup dengan tudung periuk.
6. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.

* Selamat menjamu selera .....

Sunday, 3 March 2013

ROTI TELUR SARDIN

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !
 
Sarapan apa pagi ni ? mmmmm... jom kita sarapan Roti Telur Sardin

1 sudu besar butter
3 biji telur ayam
1 tin kecil Ikan sardin
1 biji bawang besar(dihiris sederhana tebal)
2 biji tomato (dihiris sederhana tebal)
2 biji cili padi (dihiris)
1/2 Sudu teh lada hitam (ditumbuk)
sedikit garam

Roti Gardenia
Daun salad
sedikit butter untuk sapuan

Cara memasak Ikan Sardin:-
1. Panaskan butter dalam kuali.
2. Masukkan telur dan kacau sehingga 1/2 hancur.
3. Masukkan ikan sardin(hancurkan sedikit), garam  dan lada hitam. Kacau-kacau <> 3 minit dan tutup api.
5. Masukkan tomato biji, bawang besar dan gaul.  Siap untuk di letakkan atas roti.

Simple kan....Selamat menjamu selera .....

Saturday, 2 March 2013

AIR JAMBU BATU

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Lagi dan lagi  ....Air Jambu Batu

Minggu lepas dah buat... sedap sangat-sangat. Jadi Minggu ni saya buat lagi. Nak minum sampai jemu hehehe...

Jom kita semak RESEPI ....

2 biji Jambu Batu (Yang tiada biji)
Gula Putih dalam 4-5 sudu besar (Ikut kemanisan masing-masing la..)
Air secukupnya dalam 1 Jug

Cara membuat nya:-
1. Masukkan semua dalam blender dan blend.
2. Siap. Boleh terus minum.... Tak payah ditapis
Lagi sedap kalau minum dingin-dingin.

* Selamat menjamu selera .....






Friday, 1 March 2013

GULAI IKAN SENANGIN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Menu hari ini saperti biasa, Kari Penang ...'Gulai Ikan Senangin'.
Saya memang jarang sekali beli Ikan Senangin. Tapi entah kenapa hari ni teringin pula nak makan.
Rasa isi ikan senangin ni memang amat sedap kalau nak dibandingkan dengan Ikan bawal. Mmmmm patutlah harga nya agak mahal.


So hari ni tiada apa-apa rampai yang dimasukkan kedalam gulai...kerana nak menikmati keenakan Ikan Senangin itu sendiri.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Bahan Tumis)
sedikit minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bahan Rempah)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
1 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
4 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan Babas
sedikit garam
60 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas


BAHAN C
2 ekor Ikan senangin yang bersaiz besar(dipotong mengikut kesukaan)
Santan cair dari 1/2 biji kelapa

Bahan D (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar dibelah 2 dan di buang biji

Cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis Bahan A. Sentiasa dikacau supaya bawang tidak hangit dan masak sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besarkan api.
3. Apabila tumisan mendidih <> 5 minit, kecilkan api sedikit dan biarkan rempah masak sehingga terbit minyak yang banyak.   * Setiap 5 minit pastikan ia dikacau supaya tidak hangit dan berkerak .
4. Masukkan santan dan kacau supaya rempah sebati dengan santan. Dan terus masukkan Ikan, bahan D dan kecilkan api.
5. Biar gulai masak perlahan-lahan sehingga mendidih kembali dan diangkat.


* Selamat menjamu selera ....

Thursday, 28 February 2013

BIHUN SUP TULANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Sarapan apa pagi tadi ?    Bihun Sup ke ?
Mmmmmmmmmm sedap juga kalau makan panas-panas dipagi hari yang dingin.
Lagi lagi kalau ada cili padi kampong, berasap-asap la !!!!


Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
1/2 kilo tulang lembu
2 biji bawang besar (dibelah 4)
4 ulas bawang putih (dibelah 2)
Air untuk rebusan

1/2 sudu lada hitam (ditumbuk)

BAHAN B
1 kiub LEMBU jenama KNOR
sedikit garam


BAHAN C
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
seketul halia (dihiris nipis dan memanjang)
3 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


BAHAN D
1/2 bungkus bihun beras
1/2 kati Taugeh


BAHAN E (bahan hiasan dan menyedap)
2 biji tomato
Daun bawang
Daun sup
Cili merah/ cili padi
Bawang goreng
Limau kasturi


Cara-cara memasak:-
1. Masukkan semua bahan A dalam 'Pressure Cooker' dan rebus selama 1-1.5 jam. Jika tiada pressure Cooker, bolehlah dimasak dalam periuk biasa tetapi mesti direbus sehingga daging empuk.
   * Untuk melembutkan daging...Semasa merebus
     a. JANGAN dimasukkan garam atau sebarang perasa kerana ini akan melambatkan process memasak
     b. Jika merebus secara biasa bolehlah ditambahkan lebih bawang putih kerana ia akan membantu mempercepatkan process melembutkan daging.
2. Setelah daging empok masukkan bahan B dan masak <> 5 minit lagi dan boleh diangkat.


3. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bahan C sehingga keperangan
4. Tuang tumisan ini bersama minyak ke dalam rebusan tulang/daging diatas.


5. Bihun direndam bersama sedikit kunyit selama 1/2 jam
6. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan bihun.
7. Alih-alihkan supaya bihun masak serata dan tapis.


* Selamat menjamu selera .....

Wednesday, 27 February 2013

ULAM-ULAMAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Hari ni saya nak tayang menu yang 'paling-paling-paling-paling' ringkas... Tapi ringkas-ringkas pon ada kelebihan nya.... AWET MUDA you.... Saya pon nak jugak awet muda  hehehe !
Semalam dah makan lauk goreng-gorengan, jadi hari ni kita berulam lah pulak.

Biasa berulam dengan 'Daun Kari' ? Haa... cuba try makan... best yup. Tapi daun kari tu mesti lah yang pucuk 'muda-muda dan lembut'. Makan pula dengan nasi panas-panas, sambal belacan dan ikan kering fuhhhh !!! menyelerakan.

Jom berulam .....

Tuesday, 26 February 2013

SOTONG GORENG BER'AROMA


 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Saperti biasa menu tengahari saya simple-simple aja... iaitu  berlaukkan Sotong yang digoreng dengan dengan cili hidup dan ditambah sedikit daun kari untuk menaikkan aroma masakkan.

Jom kita semak Resepi .....

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
4 tangkai daun kari

BAHAN B (diperap 1/2 jam)
1 Kilo Sotong (Saya masak sekor-sekor sebab sotong bila dah masak ia akan mengecut)
sedikit kunyit
sedikit garam

BAHAN C (ditumbuk)
4 biji cili hidup
1 biji bawang besar

Cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan sotong dan goreng <> 5-7 minit untuk mengecutkan / mengeluarkan air dari sotong.
3. Keluarkan sotong dari kuali (*untuk mengelakkan ia terlebih masak).

4. Masukkan bahan C dan 'Daun Kari' kedalam kuali yang berisi minyak dan air sotong tadi dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Masukkan kembali sotong kedalam kuali dan balik-balikkan <> 5 minit dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera .....

 


Sunday, 24 February 2013

ROTI ARAB with HOT SCRAMBLED EGG


Assalamualaikum,

Sarapan apa pagi ni ? Saya simple aja, ROTI ARAB dan pasangan serasi HOT SCRAMBLED EGG. mmm.....sedap lah pula.

Jom kita semak resepi .....

EGG SCRAMBLED
1 sudu besar butter
5 biji telur ayam
1 sudu teh lada putih (ditumbuk)
2 biji cili merah (dihiris)
Sedikit daun sup (dihiris)
Sedikit daun bawang (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
sedikit garam

Cara memasak:-
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas dalam mangkuk dan kacau.
2. Panaskan butter dalam kuali.
3. Masukkan bancuhan telur. Apabila 1/4 masak, kacau-kacau sedikit untuk menghancurkan telur.
4. Siap.

ROTI ARAB
2 keping
sedikit butter

Cara memasak:-
1. Panas kan kuali leper.
2. Sapu kan sedikit butter pada roti arab dan pekap pada kuali.
3. Masak dengan api sederhana.

* Selamat menjamu selera .....

Saturday, 23 February 2013

AIR JAMBU BATU

 
Assalamualaikum,

Posting hari ni....Air Jambu Batu !

Dah lama teringat dan teringin nak buat sendiri, tapi selalu tak sesampaian.  Jadi semalam on the way balik Penang, singgah sat di kawasan jualan buah diHighway Utara-Selatan.... Bukit Gantang, Perak. Beli dalam 3 biji je.. cukup la untuk buat air satu Jug. mmmmm... Rasa puas buat sendiri dan minum sendiri. Selalu nya beli aja, bila terasa  nak minum tu....

Jom kita semak RESEPI .... senang ja budak-budak pon boleh buat

3 biji Jambu Batu (Saya beli yang tiada biji)
Gula Putih dalam 5-6 sudu besar (Ikut rasa kemanisan kesukaan masing-masing)
Air secukupnya dalam 1 1/2 Jug

Cara membuat nya:-
1. Masukkan semua dalam blender dan blend.
2. Siap. Boleh terus minum.... Tak payah ditapis
Lagi sedap kalau minum dingin-dingin.

* Selamat menjamu selera .....




Thursday, 21 February 2013

BUBUR SAGU DURIAN KAMPONG




Assalamualaikum,

Nak share resepi ringkas aja, sebagai pencuci mulut selepas kenyang makan tengahari. Maklumlah masih dalam musim durian kan........... Sedap dimakan dalam keadaan dingin/sejuk.

Jom kita semak RESEPI .....

1/2 cawan sagu
50 g gula putih
5 helai daun Pandan
santan pekat dari 1 biji kelapa
6 ulas durian
sedikit pewarna merah
sedikit garam

Cara memasak:-
1. Basuh sagu dan masukkan dalam periuk yang berisi air lebih kurang 3 cawan.
2. Masak <> 5 minit, angkat, tapis dan alirkan air pada sagu (Tujuan nya adalah untuk membuang bauan pada sagu jika ada).
3. Masukkan kembali dalam periuk dan tambahkan air anggaran 2 cawan dan sedikit pewarna merah.
4. Masak dengan api sederhana besar  dan kacau selalu sehingga sagu betul-betul masak barulah dimasukkan gula, daun pandan, santan, durian dan garam.
5. Masak sehingga mendidih kembali barulah diangkat untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera .....

Wednesday, 20 February 2013

SINGA POPAI (A.K.A. PIE-TEE)


Assalamualaikum semua !

Hari ni kita jamu mata dengan kuih ini. Adapon kebanyakan orang menamakan dan memanggil nya sebagai Pie-Tee, tetapi masa zaman saya kanak-kanak dulu hingga sekarang saya kenali ia sebagai 'Singa popai'.
Kenapa ? Saya pon tak tahu kenapa hehehe... Walau apa nama yang diberi sekali pon yang penting ia amat sedap, dengan Kulit yang ranggup dan inti yang simple amat Menyelerakan.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Kulit)
Minyak. (Banyak nya minyak yang digunakan, pastikan boleh menengelamkan acuan Pie-Tee sepenuhnya)
300g tepung beras
1 biji telur gred A
2 sudu besar Air Kapur Makan
350 ml air biasa
sedikit garam

Cara memasak:-
1. Campur semua diatas dan blend.
2. Panaskan minyak bersama acuan 'Pie-Tee' didalam kuali.
3. Pastikan acuan betul-betul panas, keluarkan dari kuali dan goyangkan sedikit acuan tersebut     (untuk membuangkan minyak berlebihan yang berada pada acuan).
4. Celup dalam tepung. JANGAN celup melebihi paras acuan.
5. Masukkan dalam kuali <> 1 minit, agak-agak tepung sudah mengeras sedikit bolehlah di keluarkan dari acuan.
   * Jika tepung melekat pada acuan, boleh ditambah sebiji lagi telur.
   * Selalu nya pada permulaan gorengan, tepung memang sedikit melekat pada acuan.

------------
BAHAN B (Inti)
sedikit minyak untuk menumis
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji Lobak Merah (disagat)
1 biji Sengkuang (disagat)
1 sudu besar Udang kering (Tumbuk lumat)
sedikit garam

Cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang merah, bawang putih,Udang kering dan garam. Goreng sehingga bawang keperangann dan wangi.
3. Masukkan Lobak merah dan Sengkuang. Gaul supaya berpalut dengan bahan tumis. Dan boleh lah di angkat.
4. Sejat untuk mengasingkan air dari Lobak dan sengkuang jika ada.

-----------
BAHAN C (Kuah Cili)
Sos Cili Live
3 sudu besar Gula Putih
sedikit air

Cara memasak:-
1. Masukkan semua dalam periuk dan masak sehingga gula larut.

* Selamat menjamu selera .....

Monday, 18 February 2013

SOTONG KERETA GORENG JINTAN


Assalamualaikum semua !

Hari ini saya nak sajikan menu yang biasa-biasa aja ala-ala ringkas gitu... 'SOTONG KERETA (KURITA) GORENG JINTAN'. Emmmm.... Panggilan pelat semasa kecil 'KERETA' bukan nya KURITA hehehe....Tapi  sotong nya tetap sotong yang sama.

Sotong ni kadang-kadang susah nak dapat, tapi hari ni banyak pula dijual dipasar basah. Agak nya tengah musim kot.
Texture Sotong agak kenyal dan bagi saya amat sedap berbanding dengan sotong biasa. Jadi untuk masak kali ni saya goreng sekor-sekor. Puas bila makan.

Jom kita semak RESEPI .....

sedikit minyak untuk menumis

BAHAN A (diperap <> 1/2 jam)
1 kilo Sotong Kurita
1 sudu teh Jintan Manis (ditumbuk lumat)
1 sudu teh Jintan Putih (ditumbuk lumat)
1 sudu teh lada hitam  (ditumbuk lumat)
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam

BAHAN B
3 biji bawang besar (dihiris tebal)
2 biji cili merah atau 10-12 biji cili Padi
TIPS: Sedap juga jika dimasukkan sedikit kicap Masin 'Kipas Udang'

Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bahan A  dan goreng sehingga masak. Tetapi pastikan jangan terlebih /terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat dan keras.
3. Sebelum angkat masukkan bahan B.

* Selamat menjamu  selera ....

Saturday, 16 February 2013

RENDANG BESAR DAGING (SAMAH)


Lauk paling popular dalam majlis perkahwinan dulu-dulu di kampung-kampung. Daging akan dipotong seketul besar untuk semangkuk lauk dan akan di kongsi oleh 4 orang tetamu/hadirin. Sekarang ni lauk sebegini dah jarang dimasak dan telah digantikan dgn lauk-lauk moden yang disediakan oleh katerer yang dilantik.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
4 sudu besar Minyak Sapi
4 kuntum Bunga Lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari

BAHAN B (Blend dalam blender)
2 biji Bawang besar 2
1/2 sudu besar Jintan Putih Biji
1/2 sudu besar Jintan Manis Biji
1/2 sudu besar Lada Hitam
2 inci Halia
4 batang Serai
Lengkuas besar  sebesar 3 ibu jari
2 biji 'biji buah pala'

BAHAN C
4 sudu besar Penuh Rempah SAMAH (Kalau tiada boleh guna rempah Kari Daging)
2 sudu besar Kerisik
Santan Pekat dari 2 biji kelapa
6 helai Daun Salam
1 kilo Daging   (Dipotong bersaiz besar)

BAHAN D
Garam
2 helai Daun Kunyit (Hiri Halus)

Cara memasak:-
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali.
2. Masukkan bahan A. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan Bahan B dan C. Masak sehingga pekat dan daging empok.
4. Sebelum angkat, masukkan Bahan D.

* Selamat menjamu selera .....

KETUPAT PULUT DAUN PISANG


Ketupat pulut daun pisang dibuat untuk Raya Puasa tahun lepas

Jom kita semak RESEPI .....

Bahan-Bahan:-
400 gram PULUT biasa
7 gram Garam halus (Sukatan garam ini sudah cukup menjadikan pulut ini lemak-lemak manis)
600 gram Santan Pekat dari 2 biji kelapa (Jika guna Pulut SUSU, sukatan santan adalah 700 gram)
1 sudu besar gula putih (untuk menjadikan putih lebih liat)
* Dicadangkan menggunakan santan segar berbanding santan kotak atau serbuk kerana pulut akan terasa lebih sedap, berminyak dan menarik.

Cara Memasak:- (Saperti kita memasak nasi)
1. Basuh pulut sebersih yang boleh kerana ini akan menjadikan pulut tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan dan garam kedalam periuk dan masak dengan api yang sederhana besar.
3. Bila air dah kering, perlahankan api dan tutup periuk. Masak sehingga pulut 'masak sepenuh nya' atau '3/4 masak'.
4. Bungkus dalam daun pisang (yg telah dilayur terlebih dahulu) dan diikat.
*Jika pulut telah dimasak sepenuhnya(step 3 diatas), ikatan daun pisang bolehlah diketatkan. Tetapi jika pulut 3/4 suku masak, ikatan mestilah dilonggarkan sedikit.
5. Kukus selama 45 minit - 1 jam

TIPS:
 a. 3-10 minit pertama semasa pulut diletakkan atas dapur, kacau dibahagian bawah untuk elakkan ia berkerak.
 b. Jangan di-tinggalkan kerana air akan cepat kering dan pulut akan hangit.

* Selamat menjamu selera .....

KEK BUAH KUKUS

 
Emmm..... sedappp. Hujung hujung terasa buah pala
(Sumber Resepi dari blog CMG )
 
Jom kita semak RESEPI .....
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega 
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

 Cara memasak:-
1.Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
2.Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
3.Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
4.Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas.
 
* Selamat menjamu  selera ....

KEK LAPIS SARAWAK MASAM MANIS 3 RASA


Jom kita semak RESEPI .....

(untuk loyang 8 x 8)
BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas
450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A

BAHAN C
270g Tepung Hong Kong


BAHAN D
Pewarna Hijau + Perasa Pandan
Pewarna Kuning + Perasa Vanila
Pewarna Merah + Perasa Strawberry

Cara mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama.
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan aja.
4. Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau dengan perasa.

Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna hijau ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang step 3-7 diatas untuk hijau lagi sehingga habis adunan. Kemudian buat pula untuk adunan kuning sehingga habis dan seterusnya untuk adunan merah.


a. Masam-manis hanya dimasukkan bermula dari lapisan 3 dan akan berselang 2 lapisan. Contoh: Lapisan 3,6,9,12,15,18.
b. Cara nak meletakkan masam manis, Lapiskan dan ratakan adunan tepung dalam loyang, kemudian susun masam-manis. Kemudian tekan sedikit masam- manis supaya tenggelam sedikit dalam lapisan tepung yang baru diratakan itu. (Tujuan nya supaya semasa memasak masam-manis tidak terlalu garing).

TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

* Selamat menjamu selera .....

KEK LAPIS SARAWAK HOLIDAY INN


Jom kita semak RESEPI .....

(untuk loyang 8 x 8)
BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas
450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A

BAHAN C
270g Tepung Hong Kong


BAHAN D
Mewarna Hijau, kuning dan merah

Cara mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama.
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan aja.
4. Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau.

Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang step 3-7 diatas untuk hijau, kuning, dan Merah kembali sehingga adunan habis.

TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

* Selamat menjamu selera .....

ASAM PEDAS REBUS IKAN KEMBONG


Jom kita semak RESEPI .....

6-10 ekor Ikan kembong yang bersaiz besar

BAHAN A (semua dimesin)
15 bij Cili kering
2 biji Bawang besar
sedikit belacan

BAHAN B
4 batang serai (diketuk)
8-10 Tangkai Daun Kesom
2 kuntum Bunga Kantan (dibelah 2)
4 Asam keping yang bersaiz sederhana
Air secukup nya
garam
(Boleh ditambahkan 1 kiub Pati Ikan Bilis KNOR jika suka)

Cara memasak:-
1. Masukkan Bahan A dan B ke dalam periuk dan direbus.
2. Setelah mendidih baru dimasukkan ikan. Masak dengan api yang perlahan supaya ikan tidak hancur.

* Selamat menjamu selera .....

PASTA REGGIA di CASERTA


Sedap di makan bersama cili padi dan Sos Cili

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
2 cawan Pasta (any type of pasta, saya guna Pasta REGGIA dlm simpanan) / macoroni (di rebus terlebih dahulu dan di toskan)

BAHAN B
sedikit minyak
6 ulas bawang putih di tumbuk
1 ketul isi ayam di potong kecil-kecil
1 keping daging berger (ramly brand)
1/2 biji sayur Gobis
1 kiub pati ayam KNOR
Sedikit lada hitam tumbuk
1 biji cili merah (hiris halus-halus)


BAHAN C:
10 biji telur ayam dan garam (dikacau sedikit)

BAHAN D
Daun Sup
Daun Bawang
Cili Merah


Cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga keperangan dan harum.
3. Masukkan ayam  dan daging, goreng lagi sampai sehingga masak & sedikit garing.
4. Masukkan Kiub KNOR, lada hitam dan garam.
5. Masukkan Pasta yg telah di rebus tadi.
6. Masukkan Kobis.
7. Sebelum angkat masukkan 1/2 dari Cili, Daun Sup dan Daun bawang.

8. Sapukan mentega dalam mangkuk bakar.
9. Masukkan 1/2 pasta yg telah di adun tadi dan ratakan.
10. Tuang kan 1/2 bancuhan telur ke atas pasta, cucuk sedikit supaya telur menyerap dlm pasta.
11. Masukkan lebihan pasta  dan ratakan.
12. Masukkan lagi telur.
13. Bakar dlm ketukar (160 C) selama 45-1 jam. Kalau telur dah keras boleh di angkat (tak semesti nya bakar 1 jam).
14. Taburkan bawang goreng Cili merah potong dan daun sup/bawang.
 

 * Selamat menjamu selera .....

GULAI SOTONG KACANG BUNCIS


Menu tengahari Gulai Sotong

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Bahan tumis)
3 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 biji bawang besar (di tumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bahan Rempah)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 sudu besar lada hitam (di tumbuk)
3 sudu besar penuh/bun-bun Rempah serbuk ikan babas
60 gram asam jawa + air dan di perah empat kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas
garam

Santan dari 1/2 biji kelapa

BAHAN C (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 kilo Sotong bersaiz besar
150 kacang buncis (dikerat 2)
5 helai daun bawang di kerat panjang
1 biji Cili besar hijau (dibelah 2 dan di buang biji)
1 biji tomato biji (dibelah 2)
1 biji bawang besar dibelah 4

Cara memasak:-
1. Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan A dan kacau sehingga bertukar keperangan dan berbau wangi.
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan pecah minyak (yang banyak).Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan santan, Kacau-kacau supaya rempah sebati dengan santan.
6. Terus masukkan bahan C, kecilkan api dan biarkan ia masak perlahan-lahan.

* Selamat menjamu selera .....

MEE GORENG UDANG


Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)

2 sudu besar Udang Kering (ditumbuk hancur)

BAHAN B
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
2 sudu besar Sos tiram
5 sudu besar Kicap Manis Kipas Udang
2 sudu besar Kicap Masin Kipas Udang
sedikit air (<> 1/3 cawan)

Sedikit Udang hidup
1/2 kilo Mee Kuning (dibasuh sedikit dalam air yang mengalir)
2 genggam Taugeh

BAHAN C
Cili merah
Limau Kasturi
Bawang Goreng

Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan A dan masak sehingga keperangan dan wangi.
3. Masukkan udang kering dan goreng sehingga berbau wangi.
4. Masukkan bahan B dan masak seketika hingga kuah menjadi kering sedikit
5. Masukkan udang hidup. Kacau hingga 1/3 masak
5. Masukkan Mee dan akhir sekali sebelum angkat masukkan taugeh.
6. Tabur Bahan C sebelum dimakan.

*Selamat menjamu selera .....

BUBUR LAMBUK


Sesuai untuk orang yang kurang sihat dan juga sedap dimakan terutama di bulan Puasa.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
3/4 Tin Beras (Tin susu)
7 Tin Air
1 inci halia(dihiris nipis dan memanjang)
Sedikit daging
1/2 sudu besar Halba biji (halba sahaja)
1/3 sudu besar Jintan manis (biji)
2 kuntum Bunga lawang
2 batang Kulit kayu manis
2 biji Buah pelaga
3 biji kuntum Bunga cengkih
* halba + jintan manis menjadikan bubur berbau harum

BAHAN B
1/2 mangkuk Santan Pekat
1 kiub Pati ayam KNOR
garam

BAHAN C
Daun Bawang
Daun Sup
Bawang Goreng
Cili Padi

Cara memasak:-
1. Campurkan semua bahan A dan rebus. Sentiasa ddikacau selalu supaya beras cepat hancur.
2. Sebelum angkat masukkan bahan B.
3. Semasa menghidang taburkan bahan C diatas nya.

* Selamat mejamu selera .....


KEK LAPIS SARAWAK OREO


Jom kita semak RESEPI .....

(Adunan untuk loyang 8 x 8)
BAHAN A
200g Gula Halus
450g Ovalet
30g Butter
300g Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A
50g Susu Tepung/horlick

BAHAN C
60g Biskut Oreo
180g Tepung Hong Kong

Cara mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul juga dengan kelajuan yang sama.
3. Masukkan Susu tepung/horlick, adun sehingga sebati dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan aja.
4. Bahagikan
1/4 drp adunan + Biskut Oreo yg dihancurkan dan diwarnakan purple
3/4 drp adunan + Tepung Hong Kong dan dbahagikan kpd 3 warna bahagian
Warnakan merah, orange,  hijau + perasa pandan


Cara Melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna Orange ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
68 Ulang step 3-7 diatas untuk hijau, merah, dan Orangle kembali sehingga adunan habis.

TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

* Selamat menjamu selera .....

KERABU TAUGEH UDANG

 
Menu Tengahari 'Kerabu Taugeh dengan Udang dan ulam Cili Padi Kampung'
Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
2 biji Cili Merah
Sedikit Belacan
1 genggam Ikan Bilis (disangai/goreng kering)
Garam

BAHAN B
1/3 biji kelapa muda
Kunyit serbuk
garam

BAHAN C
10 ekor Udang hidup (direbus terlebih dahulu)
1 biji Bawang besar (dihiris sederhana tebal)
4 urat Kacang panjang(dipotong kecil kecil)
1/2 kati Taugeh
2 biji Limau kasturi (diambil airnya)
2 helai Daun limau purut (dihiris halus)
10 biji Cili padi kampung.

Cara memasak:-
1. Bahan A di tumbuk.
2. Kelapa muda, Kunyit serbuk dan garam digoreng kering sekejap dalam kuali untuk elakkan ia cepat basi.
3. Campurkan 1,2 dan Bahan C diatas dan digaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan

* Selamat menjamu selera .....

GILAI IKAN TEMENONG RAMPAI KACANG BENDI


Menu tengahari Gulai Ikan Temenung a.k.a Ikan Kembong.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Bahan tumis)
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (di tumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bahan Rempah)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar jintan manis (di sangai dan di tumbuk halus)
1 sudu besar jintan putih (di sangai dan di tumbuk halus)
1/2 sudu besar lada hitam (di tumbuk halus)
4 sudu besar penuh/bun-bun Rempah serbuk ikan babas
80 gram asam jawa + air dan di perah empat kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas

Santan dari 1/2 biji kelapa- Kalau suka

BAHAN C (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 kilo ikan Temenong
15-20 biji kacang bendi
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji Cili besar hijau dibelah 2 dan di buang biji

 Cara memasak:-
1. Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan A dan kacau jangan biar hangit.sehingga kekuningan dan wangi.
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan pecah minyak (yang banyak).Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan santan, Kacau-kacau supaya rempah sebati dengan santan.
6. Terus masukkan bahan C, kecilkan api dan biarkan ikan dan bendi masak perlahan-lahan.

NOTA:
Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan aka hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan.

* Selamat menjamu selera .....

JAPANESE CHEESECAKE with BADAM


Rasa nya emmmm.......................... sedappppppapppppppppp, saperti yg di jual di kedai-kedai Kek tu. (Sumber: Buku, Chef: Pakar Cheese Cake)

BAHAN A
Butter 60g
Cream Cheese 250g (kecil-kecilkan)
Whipping Cream 120 ml

BAHAN B
Tepung gandum 50g + tepung jagung 30 g (ayak)
4 biji kuning telur + 1 biji putih telur (pukul sedikit)
essen vanila

BAHAN C
5 biji putih telur
1/8 camca teh garam 

120g gula castor
1 camca teh  juice lemon

Cara memasak:-

1. Sapukan margerin pada dasar 'push-up' loyang bulat (23cm) dan lapikkan dgn kertas minyak
2. Panaskan oven 160 C
3. Satukan bahan A dlm bekas yg diletakkan atas air mendidih & adunkan dgn 'whisk' sehingga lembut. Angkat dari api dan biarkan sejuk <> 10 minit
4. Pindahkan adunan (3) kedalam 'mixing bowl' dan masukkan bahan B kedlm dan adun sampai bersatu. (pd permulaan, saya gunakan speed perlahan, bila tepung dah bercampur then saya speed to max, <> 5 minit saja). Keluarkan dari 'mixing bowl'.
5. Whisk putih telur + garam sehingga menjadi 'foam'. Masukkan gula & Juice lemon dan putar lagi sehingga menjadi kental.
6. Masukan 1/3 dari adunan (5) kedalam adunan (4) dan kacau. Masukan selebih adunan (5) dan sebatikan
7. Tuang kedalam loyang. Balut loyang(bawah & tepi sahaja) dgn aluminium foil supaya air tidak meresap semasa membakar.
8. Letakkan loyang kedalam 'dulang pembakar yg berisi sedikit air biasa (water bath)'
9. Bakar selama 1 jam 10 minit atau sehingga kek kekuningan. (rak paling bawah dlm oven)
10.Keluarkan dari loyang dan simpan dlm peti sejuk <> 4 jam sebelum dipotong.

NOTA:-
a. Kalau nak letak kepingan badam, taburkan 20 minit sebelum kek masak. Tapi pastikan yg badam itu telah di bakar dahulu.
b. Badam baru di bakar memang ranggup, tetapi apabila dibiarkan dlm peti sejuk bersama kek, akan menjadi lembut)


* Selamat menjamu selera .....

NASI AYAM HAINAN

 
A Complete set of NASI AYAM HAINAN.
Amat sesuai kepada yg inginkan kelainan dan yg menitik beratkan soal makanan berminyak.

Keistimewaan Nasi Ayam Hainan adalah terletak pada Ayam, Sup dan Nasi yg dimasak.
Kelembutan isi ayamnya tidak saperti rebusan ayam yg biasa kita buat di mana texture ayam nya amat lembut dan licin.
Sup ayam nya amat simple tapi yag pasti amat sedap dan SESUAI kepada yg on diet dan kepada yg inginkan kelainan.

Jom kita semak RESEPI .....
 
SUP
Air secukupnya
1 ekor Ayam
1 inci Halia (dihiris nipis memanjang)
4 ulas Bawang Putih,
Kiub Pati Ayam KNOR
Garam,
(Nota:TIDAK PERLU rempah 4 sekawan, Rempah Sup, Bawang besar atau minyak utk menumis)

Cara-cara memasak:-
1. Rebus air sehingga mendidih 'Membuak-Buak'.
2. Masukkan ayam dan kecilkan api (sekecil kecil yg boleh) dan TUTUP periuk supaya wap ayam tidak keluar.
4. Biarkan ayam masak perlahan-lahan  <> 45- 1jam sehingga  air sup mendidih kembali (sedikit dah mencukupi).
5. Terus masukkan bawang putih, halia, garam dan kiub ayam.
6. Biarkan <> 5 minit terus di angkat.
--------
AYAM
A. Ayam yang di atas dah boleh dimakan begitu saja.
 
atau...
Ayam yang diatas
Sedikit Madu
Sos Tiram
Sedikit Kicap masin
*Minyak Bijan (kalau suka)
 
Cara memasak Ayam kaedah 1:-
1. Ayam dilumur dgn Sos Tiram, madu dan kicap masin.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan ayam.. terus balikkan dan TERUS angkat.(Sekali lalu dalam minyak. JANGAN biarkan ayam digoreng lama kerana kelembutan ayam akan rosak dan isi nya akan menjadi liat dan keras).
Cara memasak Ayam kaedah 2:-
1. Ayam dilumur dgn Sos Tiram, madu dan kicap masin.
2. Dibungkus dgn aluminium foil
3. Dibakar dalam ketuhar oven <> 30-45 minit 180 C
 
* Utk lebih sedap, sebelum makan renjiskan sedikit minyak bijan di atas ayam.
--------
NASI
Air sup diatas
1 sudu besar Butter
5 helai daun pandan
Beras
(Masukkan semua dalam periuk dan tanak nasi saperti biasa.)
--------
KICAP
Kicap Manis kicap udang
sedikit lada hitam tumbuk
1 sudu besar minya gorengan ayam diatas
5 sudu besar air
(Campurkan semua sekali dan masak)
--------
CILI
6 biji Cili merah
1 ulas bawang putih
Air limau kasturi  dari 2 biji limau
4 sudu besar gula putih
3 sudu besar air
sedikit garam
(Semua yang diatas dimesin)
 
* Selamat menjamu selera .....

MEE GORENG MAMAK


Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)

BAHAN B
8 biji cili kering (direndam dengan air panas dan ditumbuk halus)
2 sudu besar Sos tiram
5 sudu besar Kicap Manis Kipas Udang
2 sudu besar Kicap Masin Kipas Udang
2 sudu besar Tomato Puree Kimball
sedikit air (<> 1/3 cawan)

Sedikit Udang hidup
1/2 kilo Mee Kuning (dibasuh sedikit dalam air yang mengalir)
2 genggam Taugeh

BAHAN C
Daun Salat
Cili merah
Limau Kasturi

Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan A dan masak sehingga keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B dan masak seketika hingga kuah menjadi kering sedikit
4. Masukkan udang hidup. Kacau hingga 1/3 masak
5. Masukkan Mee dan akhir sekali sebelum angkat masukkan taugeh.
6. Tabur Bahan C sebelum dimakan.

*Selamat menjamu selera .....

GULAI AYAM BETIK MUDA

 
Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Bahan Tumis)
Minyak Masak
2 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari
Sedikit Halia (di hiris nipis memanjang)
5 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 biji Bawang Besar (ditumbuk)

BAHAN B (Campur semua sekali)
Serbuk Kari Ayam Babas 2 paket + sedikit air
Jintan Manis 1/2 sudu besar (ditumbuk halus)
Jintan Putih 1/2 sudu besar (ditumbuk halus)
Lada Hitam/Putih 1/2 sudu besar (ditumbuk halus)
1 'biji buah pala' (ditumbuk halus)
 
BAHAN CAyam 1 ekor
1 biji Tomato (dibelah 2)
2 Asam keping
Santan Cair
Garam

1 biji betik muda (dikupas kulit dan dibuang biji)
  
Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A. Goreng hingga wangi dan bawang menjadi keperangan.
3. Masukkan Bahan B. Masak sehingga naik minyak. Kacau selalu supaya tidak berkerak.
4. Masukkan Betik mudaa. Biarkan seketika dan 1/3 masak supaya mesra dengan rempah.
5. Masukkan Santan dan kacau supaya ia bercampur sempurna dengan rempah, dan terus masukkan ayam, asam keping, buah tomato dan garam.
6. Kecilkan api dan biarkan ayam masak perlahan-lahan dengan sempurna.
 
 
* Selamat menjamu selera .....