Showing posts with label BUBUR. Show all posts
Showing posts with label BUBUR. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

BUBUR SAGU DURIAN KAMPONG




Assalamualaikum,

Nak share resepi ringkas aja, sebagai pencuci mulut selepas kenyang makan tengahari. Maklumlah masih dalam musim durian kan........... Sedap dimakan dalam keadaan dingin/sejuk.

Jom kita semak RESEPI .....

1/2 cawan sagu
50 g gula putih
5 helai daun Pandan
santan pekat dari 1 biji kelapa
6 ulas durian
sedikit pewarna merah
sedikit garam

Cara memasak:-
1. Basuh sagu dan masukkan dalam periuk yang berisi air lebih kurang 3 cawan.
2. Masak <> 5 minit, angkat, tapis dan alirkan air pada sagu (Tujuan nya adalah untuk membuang bauan pada sagu jika ada).
3. Masukkan kembali dalam periuk dan tambahkan air anggaran 2 cawan dan sedikit pewarna merah.
4. Masak dengan api sederhana besar  dan kacau selalu sehingga sagu betul-betul masak barulah dimasukkan gula, daun pandan, santan, durian dan garam.
5. Masak sehingga mendidih kembali barulah diangkat untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera .....

Saturday, 16 February 2013

BUBUR LAMBUK


Sesuai untuk orang yang kurang sihat dan juga sedap dimakan terutama di bulan Puasa.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
3/4 Tin Beras (Tin susu)
7 Tin Air
1 inci halia(dihiris nipis dan memanjang)
Sedikit daging
1/2 sudu besar Halba biji (halba sahaja)
1/3 sudu besar Jintan manis (biji)
2 kuntum Bunga lawang
2 batang Kulit kayu manis
2 biji Buah pelaga
3 biji kuntum Bunga cengkih
* halba + jintan manis menjadikan bubur berbau harum

BAHAN B
1/2 mangkuk Santan Pekat
1 kiub Pati ayam KNOR
garam

BAHAN C
Daun Bawang
Daun Sup
Bawang Goreng
Cili Padi

Cara memasak:-
1. Campurkan semua bahan A dan rebus. Sentiasa ddikacau selalu supaya beras cepat hancur.
2. Sebelum angkat masukkan bahan B.
3. Semasa menghidang taburkan bahan C diatas nya.

* Selamat mejamu selera .....


Friday, 15 February 2013

BUBUR JAGUNG KAHWIN DURIAN


Jom kita semak RESEPI .....

2 Tongkol Jagung manis (direbus terlebih dahulu dan diasingkan biji nya dari tongkol)
10 ulas durian (dicarik-carikkan isi nya sedikit)
60 g Gula putih (Boleh ditambahkan gula lagi jika suka lebih manis)
2 Mangkuk Santan Pekat
1 Mangkuk Santan cair
sedikit garam
5 helai daun pandan

Cara memasak:-
1. Masukkan semua kedalam periuk dan masak dengan api yang perlahan.
2. Pastikan ia sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan 'Pecah minyak'.
3. Angkat untuk dihidangkan apabila bubur sudah mendidih sedikit-sedikit. (Untuk elakkan 'Pecah minyak').
Enak juga dimakan sejuk-sejuk !

* Selamat menjamu selera .....