Showing posts with label KUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH. Show all posts

Monday, 18 March 2013

KUIH CARA MANIS



 

Assalamualaikum semua,

Haii lama to ber online kerna FB ada masaalah sikit. OK lah tak nak bercerita panjang, pagi ni saya bersarapan kuih cara manis.  Jom kita semak RESEPI....

Campurkan semua dibawah dan blend
1 cawan tepung gandum
0.5 cawan santan pekat
1.5 cawan air
1 biji telur (kalau kuih melekat/ susah nak lekang dari acuan.. boleh ditambahkan sebiji lagi telur)
3 sudu minyak masak
sedikit garam
sedikit warna hijau + pewangi daun pandan (boleh juga menggunakan air daun pandan)

Sedikit minyak
1 helai daun pandan

Gula putih

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan acuan Kuih cara
2. sapu sedikit minyak pada acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak bertakung.
3. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan... hampir-hampir penuh (lebih dari 3/4)
4. Biarkan seketika <> 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.. barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh). (Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan.
5. Tutup dengan tudung periuk.
6. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.

* Selamat menjamu selera .....

Wednesday, 20 February 2013

SINGA POPAI (A.K.A. PIE-TEE)


Assalamualaikum semua !

Hari ni kita jamu mata dengan kuih ini. Adapon kebanyakan orang menamakan dan memanggil nya sebagai Pie-Tee, tetapi masa zaman saya kanak-kanak dulu hingga sekarang saya kenali ia sebagai 'Singa popai'.
Kenapa ? Saya pon tak tahu kenapa hehehe... Walau apa nama yang diberi sekali pon yang penting ia amat sedap, dengan Kulit yang ranggup dan inti yang simple amat Menyelerakan.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Kulit)
Minyak. (Banyak nya minyak yang digunakan, pastikan boleh menengelamkan acuan Pie-Tee sepenuhnya)
300g tepung beras
1 biji telur gred A
2 sudu besar Air Kapur Makan
350 ml air biasa
sedikit garam

Cara memasak:-
1. Campur semua diatas dan blend.
2. Panaskan minyak bersama acuan 'Pie-Tee' didalam kuali.
3. Pastikan acuan betul-betul panas, keluarkan dari kuali dan goyangkan sedikit acuan tersebut     (untuk membuangkan minyak berlebihan yang berada pada acuan).
4. Celup dalam tepung. JANGAN celup melebihi paras acuan.
5. Masukkan dalam kuali <> 1 minit, agak-agak tepung sudah mengeras sedikit bolehlah di keluarkan dari acuan.
   * Jika tepung melekat pada acuan, boleh ditambah sebiji lagi telur.
   * Selalu nya pada permulaan gorengan, tepung memang sedikit melekat pada acuan.

------------
BAHAN B (Inti)
sedikit minyak untuk menumis
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji Lobak Merah (disagat)
1 biji Sengkuang (disagat)
1 sudu besar Udang kering (Tumbuk lumat)
sedikit garam

Cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang merah, bawang putih,Udang kering dan garam. Goreng sehingga bawang keperangann dan wangi.
3. Masukkan Lobak merah dan Sengkuang. Gaul supaya berpalut dengan bahan tumis. Dan boleh lah di angkat.
4. Sejat untuk mengasingkan air dari Lobak dan sengkuang jika ada.

-----------
BAHAN C (Kuah Cili)
Sos Cili Live
3 sudu besar Gula Putih
sedikit air

Cara memasak:-
1. Masukkan semua dalam periuk dan masak sehingga gula larut.

* Selamat menjamu selera .....

Saturday, 16 February 2013

PASTA REGGIA di CASERTA


Sedap di makan bersama cili padi dan Sos Cili

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
2 cawan Pasta (any type of pasta, saya guna Pasta REGGIA dlm simpanan) / macoroni (di rebus terlebih dahulu dan di toskan)

BAHAN B
sedikit minyak
6 ulas bawang putih di tumbuk
1 ketul isi ayam di potong kecil-kecil
1 keping daging berger (ramly brand)
1/2 biji sayur Gobis
1 kiub pati ayam KNOR
Sedikit lada hitam tumbuk
1 biji cili merah (hiris halus-halus)


BAHAN C:
10 biji telur ayam dan garam (dikacau sedikit)

BAHAN D
Daun Sup
Daun Bawang
Cili Merah


Cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga keperangan dan harum.
3. Masukkan ayam  dan daging, goreng lagi sampai sehingga masak & sedikit garing.
4. Masukkan Kiub KNOR, lada hitam dan garam.
5. Masukkan Pasta yg telah di rebus tadi.
6. Masukkan Kobis.
7. Sebelum angkat masukkan 1/2 dari Cili, Daun Sup dan Daun bawang.

8. Sapukan mentega dalam mangkuk bakar.
9. Masukkan 1/2 pasta yg telah di adun tadi dan ratakan.
10. Tuang kan 1/2 bancuhan telur ke atas pasta, cucuk sedikit supaya telur menyerap dlm pasta.
11. Masukkan lebihan pasta  dan ratakan.
12. Masukkan lagi telur.
13. Bakar dlm ketukar (160 C) selama 45-1 jam. Kalau telur dah keras boleh di angkat (tak semesti nya bakar 1 jam).
14. Taburkan bawang goreng Cili merah potong dan daun sup/bawang.
 

 * Selamat menjamu selera .....

Thursday, 14 February 2013

KUIH CARA BERLAUK

 
 
Menu untuk sarapan pagi,  In Sya ALLAH amat lembut sekali.
 
Jom kita semak RESEPI .....

ADUNAN TEPUNG (25-30 biji kuih)
(*Campur semua dalam blender dan mesin )
1 cawan tepung gandum
1.7 cawan  air biasa  (lebih dari 1.5 tapi jangan sampai 2 cawan)
5 sudu besar santan kotak
5 sudu besar minyak masak (Untuk melembutkan)
sedikit garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning

INTI (Ikut kesukaan dan kreativiti masing masing)
minyak utk menumis
1 biji bawang besar (dipotong kuib)
(*Semua yg di bawah gaul dan diperap sekejap 5-10 minit)
   1/2 Keping Daging kisar Jenama Ramly
   1 sudu teh jintan manis serbuk
   1 sudu teh jintan putih serbuk
   1 sudu teh lada hitam/putih serbuk
   1/2 sudu teh serbuk kunyit
   1/2 kuib ayam KNOR
   sedikit garam

PELENGKAP RASA Cili Merah dan daun sup

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali..
2. Masukkan daging yang telah di perap tadi dan masak <> 10-15 minit.
3. Sebelum angkat masukkan bawang besar, gaul sekejap dan terus diangkat.

Cara-Cara Memasak Kuih Cara:-
1. Panaskan acuan Kuih Cara.
2. Leserkan minyak pada acuan. Pastikan tiada minyak bertakung dalam acuan.
3. Masukkan adunan tepung 2/3 acuan. Tutup dengan tudung periuk sekejap <> 1 minit supaya tepung 1/3 masak.  (TIPS: Cara ini menjadikan inti LEBIH TERASA SEDAP kerana inti tidak tenggelam dalam badan kuih cara)
4. Masukkan inti anggaran 1/2 sudu teh  dan taburkan cili potong dan daun sup diatas nya.
5. Ambil sedikit adunan tepung dan tuang sedikit atas cili/daun sup supaya melekat antara satu sama lain. Juga untuk TOUCH-UP bahagian bahagian yg kurang penuh.
6. Tutup semula dengan tudung periuk. Tunggu sehingga masak.. dan boleh diangkat.

* Selamat menjamu selera .......