Showing posts with label SOTONG. Show all posts
Showing posts with label SOTONG. Show all posts

Tuesday, 26 February 2013

SOTONG GORENG BER'AROMA


 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Saperti biasa menu tengahari saya simple-simple aja... iaitu  berlaukkan Sotong yang digoreng dengan dengan cili hidup dan ditambah sedikit daun kari untuk menaikkan aroma masakkan.

Jom kita semak Resepi .....

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
4 tangkai daun kari

BAHAN B (diperap 1/2 jam)
1 Kilo Sotong (Saya masak sekor-sekor sebab sotong bila dah masak ia akan mengecut)
sedikit kunyit
sedikit garam

BAHAN C (ditumbuk)
4 biji cili hidup
1 biji bawang besar

Cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan sotong dan goreng <> 5-7 minit untuk mengecutkan / mengeluarkan air dari sotong.
3. Keluarkan sotong dari kuali (*untuk mengelakkan ia terlebih masak).

4. Masukkan bahan C dan 'Daun Kari' kedalam kuali yang berisi minyak dan air sotong tadi dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Masukkan kembali sotong kedalam kuali dan balik-balikkan <> 5 minit dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera .....

 


Monday, 18 February 2013

SOTONG KERETA GORENG JINTAN


Assalamualaikum semua !

Hari ini saya nak sajikan menu yang biasa-biasa aja ala-ala ringkas gitu... 'SOTONG KERETA (KURITA) GORENG JINTAN'. Emmmm.... Panggilan pelat semasa kecil 'KERETA' bukan nya KURITA hehehe....Tapi  sotong nya tetap sotong yang sama.

Sotong ni kadang-kadang susah nak dapat, tapi hari ni banyak pula dijual dipasar basah. Agak nya tengah musim kot.
Texture Sotong agak kenyal dan bagi saya amat sedap berbanding dengan sotong biasa. Jadi untuk masak kali ni saya goreng sekor-sekor. Puas bila makan.

Jom kita semak RESEPI .....

sedikit minyak untuk menumis

BAHAN A (diperap <> 1/2 jam)
1 kilo Sotong Kurita
1 sudu teh Jintan Manis (ditumbuk lumat)
1 sudu teh Jintan Putih (ditumbuk lumat)
1 sudu teh lada hitam  (ditumbuk lumat)
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam

BAHAN B
3 biji bawang besar (dihiris tebal)
2 biji cili merah atau 10-12 biji cili Padi
TIPS: Sedap juga jika dimasukkan sedikit kicap Masin 'Kipas Udang'

Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bahan A  dan goreng sehingga masak. Tetapi pastikan jangan terlebih /terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat dan keras.
3. Sebelum angkat masukkan bahan B.

* Selamat menjamu  selera ....

Saturday, 16 February 2013

GULAI SOTONG KACANG BUNCIS


Menu tengahari Gulai Sotong

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Bahan tumis)
3 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 biji bawang besar (di tumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bahan Rempah)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 sudu besar lada hitam (di tumbuk)
3 sudu besar penuh/bun-bun Rempah serbuk ikan babas
60 gram asam jawa + air dan di perah empat kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas
garam

Santan dari 1/2 biji kelapa

BAHAN C (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 kilo Sotong bersaiz besar
150 kacang buncis (dikerat 2)
5 helai daun bawang di kerat panjang
1 biji Cili besar hijau (dibelah 2 dan di buang biji)
1 biji tomato biji (dibelah 2)
1 biji bawang besar dibelah 4

Cara memasak:-
1. Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan A dan kacau sehingga bertukar keperangan dan berbau wangi.
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan pecah minyak (yang banyak).Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan santan, Kacau-kacau supaya rempah sebati dengan santan.
6. Terus masukkan bahan C, kecilkan api dan biarkan ia masak perlahan-lahan.

* Selamat menjamu selera .....