Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Friday, 1 March 2013

GULAI IKAN SENANGIN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Menu hari ini saperti biasa, Kari Penang ...'Gulai Ikan Senangin'.
Saya memang jarang sekali beli Ikan Senangin. Tapi entah kenapa hari ni teringin pula nak makan.
Rasa isi ikan senangin ni memang amat sedap kalau nak dibandingkan dengan Ikan bawal. Mmmmm patutlah harga nya agak mahal.


So hari ni tiada apa-apa rampai yang dimasukkan kedalam gulai...kerana nak menikmati keenakan Ikan Senangin itu sendiri.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Bahan Tumis)
sedikit minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bahan Rempah)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
1 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
4 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan Babas
sedikit garam
60 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas


BAHAN C
2 ekor Ikan senangin yang bersaiz besar(dipotong mengikut kesukaan)
Santan cair dari 1/2 biji kelapa

Bahan D (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar dibelah 2 dan di buang biji

Cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis Bahan A. Sentiasa dikacau supaya bawang tidak hangit dan masak sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besarkan api.
3. Apabila tumisan mendidih <> 5 minit, kecilkan api sedikit dan biarkan rempah masak sehingga terbit minyak yang banyak.   * Setiap 5 minit pastikan ia dikacau supaya tidak hangit dan berkerak .
4. Masukkan santan dan kacau supaya rempah sebati dengan santan. Dan terus masukkan Ikan, bahan D dan kecilkan api.
5. Biar gulai masak perlahan-lahan sehingga mendidih kembali dan diangkat.


* Selamat menjamu selera ....

Saturday, 16 February 2013

ASAM PEDAS REBUS IKAN KEMBONG


Jom kita semak RESEPI .....

6-10 ekor Ikan kembong yang bersaiz besar

BAHAN A (semua dimesin)
15 bij Cili kering
2 biji Bawang besar
sedikit belacan

BAHAN B
4 batang serai (diketuk)
8-10 Tangkai Daun Kesom
2 kuntum Bunga Kantan (dibelah 2)
4 Asam keping yang bersaiz sederhana
Air secukup nya
garam
(Boleh ditambahkan 1 kiub Pati Ikan Bilis KNOR jika suka)

Cara memasak:-
1. Masukkan Bahan A dan B ke dalam periuk dan direbus.
2. Setelah mendidih baru dimasukkan ikan. Masak dengan api yang perlahan supaya ikan tidak hancur.

* Selamat menjamu selera .....

GILAI IKAN TEMENONG RAMPAI KACANG BENDI


Menu tengahari Gulai Ikan Temenung a.k.a Ikan Kembong.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Bahan tumis)
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (di tumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bahan Rempah)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar jintan manis (di sangai dan di tumbuk halus)
1 sudu besar jintan putih (di sangai dan di tumbuk halus)
1/2 sudu besar lada hitam (di tumbuk halus)
4 sudu besar penuh/bun-bun Rempah serbuk ikan babas
80 gram asam jawa + air dan di perah empat kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas

Santan dari 1/2 biji kelapa- Kalau suka

BAHAN C (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 kilo ikan Temenong
15-20 biji kacang bendi
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji Cili besar hijau dibelah 2 dan di buang biji

 Cara memasak:-
1. Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan A dan kacau jangan biar hangit.sehingga kekuningan dan wangi.
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan pecah minyak (yang banyak).Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan santan, Kacau-kacau supaya rempah sebati dengan santan.
6. Terus masukkan bahan C, kecilkan api dan biarkan ikan dan bendi masak perlahan-lahan.

NOTA:
Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan aka hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan.

* Selamat menjamu selera .....

Thursday, 14 February 2013

GULAI IKAN SEMBILANG RAMPAI UBI KEMILI

 

Jom kita semak RESEPI .....

4 ekor Ikan Sembilang

BAHAN A (Bahan tumis)
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (di tumbuk)
1 sudu besar halba campur
BAHAN B (Bancuhan Rempah)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 sudu besar lada hitam (di tumbuk halus)
Rempah serbuk ikan babas 3 sudu besar (penuh/bun-bun)
60 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas
1 cawan Ubi kemili (dibuang kulit dan di belah 2 atau 4 pengikut saiz ubi)

BAHAN C
Santan dari 1/2 biji kelapa(Kalau suka) atau 2 gelas air biasa
4 tangkai Daun Kesom

BAHAN D (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
cili hijau besar 2 biji, dibelah 2 dan di buang biji

Cara Memasak:-
1. Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas
2. Masukkan bahan A dan kacau jangan biar hangit.sehingga kekuningan dan wangi
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan naik minyak.Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak
5. Masukkan Bahan C, Kacau-kacau supaya rempah sebati dengan santan
6. Terus masukkan Ikan Sembilang dan Bahan D. Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan.

TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan aka hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera .....

Wednesday, 13 February 2013

FILLET IKAN PEDAS-MASAM-MANIS

 
Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Filet Ikan atau Nuget ikan (Ramly)

BAHAN B
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit halia (dihiris nipis)

BAHAN C
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Sedikit Sos Cili LIFE
Sedikit air
Sedikit garam

BAHAN D
1 biji Timun (dibuang bahagian tengah)
2 biji bawang besar
15-20 biji cili padi
Nenas Tin - 1 Tin (Nenas tin lebih manis rasanya)

Cara-Cara Memasak:-
1. Goreng Filet Ikan atau Nuget ikan (Ramly) sehingga masak dan angkat dari kuali.
2. Dalam kuali berasingan tumis bahan B dan goreng sehingga keperangan.
3. Masukkan bahan C dan biar ia kembali mendidih.
4. Masukkan bahan D dan Fillet Ikan yang telah digoreng tadi.
5. Kacau sedikit-sedikit dan terus angkat untuk memastikan kesegaran sayur.

* Selamat mejamu selera .....

SAMBAL TUMIS IKAN SARDIN


Menu tengahari paling simple... tapi sedap. CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN. Tak payah susah susah siang ikan hehehe !

Jom kita semak RESEPI ...

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis.
5 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)
5 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis atau ditumbuk)

BAHAN B
20 biji cili kering di mesin bersama sedikit belacan
Air Asam jawa (bersaiz sebesar 2 ibu jari)
Sedikit garam

BAHAN C
1 Tin Ikan Sardin. (Tin yang bersaiz besar /saya guna Cap Ayam)
3-4 biji bawang besar (dihiris bulat-bulat dalam saiz yang tebal)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang keperangan dan semerbak harum.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga minyak terbit dari masakan.
4. Seterusnya masukkan Ikan Sardin dan teruskan memasak dengan api yang sederhana besar sehingga mendidih kembali.
5. Sebelum angkat masukkan hirisan bawang besar.
6. Siap dan boleh dihidangkan.

* Selamat menjamu selera .....

Tuesday, 12 February 2013

SUP IKAN MERAH




Assalamualaikum semua.
Post saya hari ini adalah menu yang serba ringkas iaitu Sup Ikan Merah.

Jom kita semak RESEPI.....

Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN A (ditumbuk)
2 ulas bawang besar atau 10 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

BAHAN B
6 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
sedikit halia (di hiris halus)

BAHAN C
anggaran 5-6 gelas air untuk dijadikan kuah
1 kiub ikan bilis KNOR
sedikit garam

BAHAN D
1 ekor Ikan merah

BAHAN E
3 tangkai daun Ketumbar
2 tangkai daun Sup
6 biji cili padi
2 batang Saderi

Cara-cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bahan A dan B dan goreng sehingga bawang menjadi keperangan.
3. Masukkan bahan C dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan bahan D, perlahan kan api dan masak sehingga kuah mendidih semula.
5. Akhir sekali sebelum angkat, masukkan bahan E.

* Selamat menjamu selera...