Thursday, 14 February 2013

SAYUR ASPARAGUS JAGUNG MUDA

 
Saya memang kurang gemar kalau sayur dimasak terlalu lama kerana ia akan menjadi kurang lazat selain vitamin yang terkandung didalam sayur telah keluar larut bersama-sama air masakan.
Jadi untuk setiap menu sayur, saya akan pastikan ianya dimasak sekejap sahaja untuk menjamin kesegaran dan kerangguppan nya !!!

Jom kita semak RESEPI .....

sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang kecil (dihiris nipis)
1 Paket Crab Meat

2 paket jagung Muda (di belah 2)
10 batang asparagus (Dipotong memanjang)
Serbuk MAGGIE SECUKUP RASA
1 biji cili merah

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Tumis bawang merah dan terus masukkan Crab Meat dan masak sehingga ketam masak.
3. Seterusnya masukkan jagung muda, asparagus, cili muda dan sedikit serbuk MAGGIE SECUKUP RASA.
4. Kacau <> 3 minit dan terus angkat untuk dihidangkan.

*Selamat menjamu selera .....

SUP AYAM SPECIAL

 

Sup Ayam paling ringkas tetapi sedap. Nak tahu rahsia nya ? Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Sedikit aje minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (di hiris nipis)
2 ulas bawang merah (di hiris nipis)
sedikit halia (di hiris nipis)
rempah 4 sekawan

BAHAN B
Air untuk dijadikan kuah
1 ekor ayam sederhana besar (dipotong mengikut saiz kesukaan)
3 ketul ubi kentang di belah 2 atau 4 bergantung kpd saiz ubi
1 kiub pati Ayam KNOR
sedikit garam

BAHAN C
1/2 paket rempah Soto MAK PON (Import dari Muar Johor)

BAHAN D (Ditabur dalam sup)
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup
10-15 biji Cili padi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A sehingga berbau wangi dan bawang menjadi keperangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan rempah Soto 'MAK PON' dan teruskan memasak sehingga kuah mendidih kembali dan boleh lah diangkat.
5. Sebelum makan, taburkan bahan D diatasnya.

 
 
 

Ini lah dia Rempah Soto 'Mak Pon' yg di import khas dari, Muar Johor. Selain utk masak SOTO, saya juga gunakan utk buat SUP AYAM.

*Selamat menjamu selera .....

KUIH CARA BERLAUK

 
 
Menu untuk sarapan pagi,  In Sya ALLAH amat lembut sekali.
 
Jom kita semak RESEPI .....

ADUNAN TEPUNG (25-30 biji kuih)
(*Campur semua dalam blender dan mesin )
1 cawan tepung gandum
1.7 cawan  air biasa  (lebih dari 1.5 tapi jangan sampai 2 cawan)
5 sudu besar santan kotak
5 sudu besar minyak masak (Untuk melembutkan)
sedikit garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning

INTI (Ikut kesukaan dan kreativiti masing masing)
minyak utk menumis
1 biji bawang besar (dipotong kuib)
(*Semua yg di bawah gaul dan diperap sekejap 5-10 minit)
   1/2 Keping Daging kisar Jenama Ramly
   1 sudu teh jintan manis serbuk
   1 sudu teh jintan putih serbuk
   1 sudu teh lada hitam/putih serbuk
   1/2 sudu teh serbuk kunyit
   1/2 kuib ayam KNOR
   sedikit garam

PELENGKAP RASA Cili Merah dan daun sup

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali..
2. Masukkan daging yang telah di perap tadi dan masak <> 10-15 minit.
3. Sebelum angkat masukkan bawang besar, gaul sekejap dan terus diangkat.

Cara-Cara Memasak Kuih Cara:-
1. Panaskan acuan Kuih Cara.
2. Leserkan minyak pada acuan. Pastikan tiada minyak bertakung dalam acuan.
3. Masukkan adunan tepung 2/3 acuan. Tutup dengan tudung periuk sekejap <> 1 minit supaya tepung 1/3 masak.  (TIPS: Cara ini menjadikan inti LEBIH TERASA SEDAP kerana inti tidak tenggelam dalam badan kuih cara)
4. Masukkan inti anggaran 1/2 sudu teh  dan taburkan cili potong dan daun sup diatas nya.
5. Ambil sedikit adunan tepung dan tuang sedikit atas cili/daun sup supaya melekat antara satu sama lain. Juga untuk TOUCH-UP bahagian bahagian yg kurang penuh.
6. Tutup semula dengan tudung periuk. Tunggu sehingga masak.. dan boleh diangkat.

* Selamat menjamu selera .......
 

Wednesday, 13 February 2013

FILLET IKAN PEDAS-MASAM-MANIS

 
Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Filet Ikan atau Nuget ikan (Ramly)

BAHAN B
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit halia (dihiris nipis)

BAHAN C
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Sedikit Sos Cili LIFE
Sedikit air
Sedikit garam

BAHAN D
1 biji Timun (dibuang bahagian tengah)
2 biji bawang besar
15-20 biji cili padi
Nenas Tin - 1 Tin (Nenas tin lebih manis rasanya)

Cara-Cara Memasak:-
1. Goreng Filet Ikan atau Nuget ikan (Ramly) sehingga masak dan angkat dari kuali.
2. Dalam kuali berasingan tumis bahan B dan goreng sehingga keperangan.
3. Masukkan bahan C dan biar ia kembali mendidih.
4. Masukkan bahan D dan Fillet Ikan yang telah digoreng tadi.
5. Kacau sedikit-sedikit dan terus angkat untuk memastikan kesegaran sayur.

* Selamat mejamu selera .....

SAMBAL TUMIS IKAN SARDIN


Menu tengahari paling simple... tapi sedap. CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN. Tak payah susah susah siang ikan hehehe !

Jom kita semak RESEPI ...

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis.
5 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)
5 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis atau ditumbuk)

BAHAN B
20 biji cili kering di mesin bersama sedikit belacan
Air Asam jawa (bersaiz sebesar 2 ibu jari)
Sedikit garam

BAHAN C
1 Tin Ikan Sardin. (Tin yang bersaiz besar /saya guna Cap Ayam)
3-4 biji bawang besar (dihiris bulat-bulat dalam saiz yang tebal)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang keperangan dan semerbak harum.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga minyak terbit dari masakan.
4. Seterusnya masukkan Ikan Sardin dan teruskan memasak dengan api yang sederhana besar sehingga mendidih kembali.
5. Sebelum angkat masukkan hirisan bawang besar.
6. Siap dan boleh dihidangkan.

* Selamat menjamu selera .....

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI


 
Menu tengahari,  Jom kita semak RESEPI ...

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis.
4 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)
4 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis atau ditumbuk)

BAHAN B
20 biji cili kering di mesin bersama sedikit belacan
Air Asam jawa (bersaiz sebesar ibu jari)
3 Papan petai Padi, dikikis kulit nya sedikit, dipotong sebiji sebiji dan direndam kedalam air untuk mengelakkan ia menjadi kering dan kehitaman.
Kiub Ikan Bilis KNOR.
sedikit garam (*untuk semua masakan udang, sukatan garam perlulah diKURANGKAN)
Sedikit gula (jika suka)

BAHAN C
15 ekor Udang yang bersaiz besar (jangan dibuang kulit nya, hanya dibuang tahi dibelakang dan dikepala udang)
3 biji bawang besar (dihiris bulat-bulat dalam saiz yang tebal)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang hampir keperangan dan semerbak harum.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga cili menjadi sedikit kering dan minyak terbit dari masakan.
4. Seterusnya masukkan bahan C dan teruskan memasak <> 10 minit dengan api yang sederhana besar.
5. Siap dan boleh dihidangkan.

* Selamat menjamu selera .....

KEUTEAU GORENG TELUR PUYUH

 
Kelainan dalam gorengan ini adalah ia tidak menggunakan bawang merah tetapi menggantikan dengan bawang putih dalam kuatiti yang banyak. Haruman bawang putih yang digoreng begitu GARING memang benar-benar menyelerakan.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Minyak untuk menumis
12 ulas bawang putih (ditumbuk)
8 biji cili kering (mesin halus)

BAHAN B
4 sudu besar Kicap MASIN Kipas Udang
10 sudu besar Kicap MANIS Kipas Udang
3 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Sos Tomato

BAHAN C
1/2 kilo Kueteau
1/2 kilo Taugeh segar

BAHAN D
Daun Bawang
Cili merah
Bawang goreng
Telur Puyuh goreng
Telur ayam yang digoreng dadar dan dihiris

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih yang ditumbuk dan di goreng sehingga BENAR-BENAR GARING.
3. Masukkan cili kering dan masak lagi sehingga terbit minyak kembali.
4. Masukkan bahan B dan masak lagi <> 10 minit.
5. Masukkan kueteau dan ratakan menggunakan 2 garfu untuk mengelakkan kueteau hancur.
6. Akhir sekali sebelum angkat, masukkan taugeh dan kacau sedikit-sedikit sahaja dan terus diangkat untuk mengekalkan kesegaran yang rapuh.
7. Tabur dengan bahan D sebelum dimakan.

* Selamat menjamu selera.....