Thursday, 14 February 2013
KACANG KUDA GORENG MANIS-MANIS PEDAS
Jom kita semak RESEPI .....
BAHAN A
1 mangkuk kacang kuda di rendam semalaman dan direbus sehingga empok dan di sejat airnya.
BAHAN B
sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
BAHAN C (Masukkan dalam blender dan mesin)
8 biji cili kering
sedikit belacan
BAHAN D
air asam jawa (dari asam sebesar ibu jari)
segenggam ikan bilis
3 sudu besar gula putih
garam
Cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bahan B dan goreng sehingga hampir garing dan berbau harum
3. Masukkan Bahan C dan Bahan D dana masak sehingga kuah pekat.
4. Masukkan Bahan A (kacang kuda yang dah siap direbus).
5. Masak sehingga kuah berpalut pada kacang dan bolehlah diangkat.
* Selamat menjamu selera .....
SAYUR MASAM MANIS
Jom kita semak RESEPI .....
BAHAN A
Minyak untuk menumis
5 ulas Bawang putih (ditumbuk)
2 Bawang Merah (ditumbuk)
BAHAN B
Sos Tomato
Sos Tiram
Sedikit Air
garam
BAHAN C
Fish Ball
Fish Cake
BAHAN D
Tauhu lembut
Anak sawi
Cili Merah
Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis Bahan A dan goreng sehingga kekuningan.
3. Masukkan Bahan B dan masak sehingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan Bahan C
5. Sebelum angkat masukkan Bahan D
* Selamat menjamu selera .....
BIHUN SINGAPORE

Boleh sebagai sarapan pagi atau minum petang. Memang sedap bau udang kering dan lada hitam umphhh!
Jom kita semak RESEPI .....
1/2 paket bihun (beras) di rendam 1/2 jam dan disejat
3 genggam taugeh segar
BAHAN A
sedikit minyak
10 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (ditumbuk)
4 tangkai daun sup, dihiris sederhana panjang
BAHAN B
Fish Cake
Fish Ball
10 ekor udang hidup
BAHAN C
5-6 cawan air untuk dijadikan sebagai kuah (*kalau berkuah lagi sedap)
1 kiub Ayam KNOR
sedikit garam
BAHAN D (Untuk taburan)
1 biji cili merah
2 biji limau kasturi
Daun bawang/daun sup
Kacang tanah yg telah digoreng
Cara-cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan Bahan A dan goreng sehingga bawang menjadi hampir kekuningan dan daun sup menjadi layu.
3. Masukkan Bahan B dan seterusnya diikuti bahan C
4. Setelah kuah mendidih masukkan bihun.
5. Sebelum angkat, masukkan taugeh. Kacau sedikit -sedikit dan terus di angkat. (Jangan dibiarkan lama kerana taugeh akan layu dan lembik)
6. Tabur bahan D sebelum dimakan.
* Selamat menjamu selera.....
KEK LAPIS SARAWAK BLUEBERRY
(Sukatan untuk loyang 8 x 8)
BAHAN A
140 g Gula Halus
500 g Butter
30 g Ovalet
300 g Susu Pekat Manis
BAHAN B
10 biji Telur Gred A
50 g Susu Tepung atau horlick
270g Tepung Hong Kong
BAHAN C
100 g Jem BlueBerry
Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul
3. Masukkan Susu tepung/horlick dan Tepung Hong Kong
BAHAN C
100 g Jem BlueBerry
Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul
3. Masukkan Susu tepung/horlick dan Tepung Hong Kong
4. Bahagi kpd 2 adunan.
5. Satu bahagian dibiarkan berada dalam bowl, diwarnakan Purple dan dicampurkan Jem BlueBerry (adun dgn perlahan sehingga sebati)
Satu bhg lagi dibiarkan perasa asli
Cara Melapis:-5. Satu bahagian dibiarkan berada dalam bowl, diwarnakan Purple dan dicampurkan Jem BlueBerry (adun dgn perlahan sehingga sebati)
Satu bhg lagi dibiarkan perasa asli
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan perasa asli ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan dengan alat penekan untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapukan sedikit butter pada lapisan tadi.
8. Ulang step 3-7 diatas dengan perasa BlueBerry, asli, BlueBerry, asli..... dan seterusnya sehingga adunan habis.
* Selamat menjamu selera .....
TEMPE GORENG RANGGUP 'KRUP-KRUP-KRUP'
Jom kita semak RESEPI .....
BAHAN A (setiap dibawah digoreng secara berasingan)
Minyak untuk menggoreng
4 keping tempe (dipotong nipis dan dilumurkan dengan sedikit garam. Pastikan api yang KECIL semasa menggoreng dan ini akan memakan masa yang lama untuk menjadikan ia benar-benar rapuh)
1 cawan kacang tanah
1 genggam ikan bilis
BAHAN B
1 biji cili merah (dihiris serong)
1 biji bawang besar (dipotong sederhana tebal)
Cara memasak:-
1. Goreng bahan A secara berasingan.
2. Jika terdapat minyak yang berlebihan selepas menggoreng Bahan A diatas, ia bolehlah dikurangkan.
3. Tumis Bahan B dan goreng <> 3 minit, terus masukkan kembali Bahan A yang telah digoreng tadi.
4. Balik-balikkan supaya semua nya bercampur rata antara satu sama lain dan bolehlah diangkat.
* Selamat menjamu selera .....
SAMBAL TUMIS TAUHU GORENG
Jom kita semak RESEPI .....
BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis.
5 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)
5 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis atau ditumbuk)
BAHAN B
15 biji cili kering di mesin bersama sedikit belacan
1/2 kiub Pati Ikan Bilis KNOR
Air Asam jawa (bersaiz sebesar 1 ibu jari)
Segenggam Ikan bilis
BAHAN C
5 ketul Tauhu (digoreng dan di potong 3 segi )
3 biji bawang besar (dihiris bulat-bulat dalam saix yang tebal)
Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis Bahan A dan goreng sehingga bawang kekuningan dan semerbak harum.
3. Masukkan Bahan B dan masak sehingga minyak terbit dari masakan.
4. Seterusnya masukkan Tauhu yang telah digoreng terdahulu. Masak dengan api yang sederhana sehingga kuah sambal mendidih kembali.
5. Sebelum angkat masukkan hirisan bawang besar.
* Selamat menjamu selera .....
CUCUR BAWANG
Ada yang panggil cucur ini sebagai Cucur Udang, Cucur Taugeh dan sebagai nya. Walaubagaimana pon ia adalah cucur yang sama.
Jom kita semak RESEPI ...
BAHAN A - CUCUR (digaul semua sekali)
2 cawan Tepung gandum
2 biji Bawang besar (dihiris sederhana tebal)
segenggam Taugeh
6 pokok daun Kucai
Sedikit Udang hidup (dibuang kulitnya)
4 sudu makan Minyak masak/butter yang dicairkan (untuk melembutkan)
sedikit air yang bercampur garam
*Ada yang suka tambahkan telur kedalam adunan tepung diatas, tetapi saya lebih gemar yang tanpa telur.
BAHAN B - CILI BAWANG (Gaul semua bahan yg di bawah dan terus dihidangkan. *TAK PERLU DIMASAK)
Sedikit asam Jawa sebesar duit 10 sen + 2 sudu besar Air3 sudu besar penuh Gula Putih
6 ulas Bawang Kecil (dihiris nipis-nipis)10 biji Cili Kering + sedikit belacan + garam (Tumbuk. JANGAN ditambah air/biar pekat, kalau nak tambah guna air asamjawa di atas)
*Cili Kering boleh juga di rebus dahulu jika mahu (Cili kering aja...tujuan untuk melembutkan cili).
Tetapi KEENAKAN CILI BAWANG lebih terasa jika Cili Kering yg digunakan TIDAK DI REBUS
*Pastikan Kuah Cili yag terhasil adalah yang pekat.
* Selamat menjamu selera .....
Subscribe to:
Posts (Atom)





