Thursday 14 February 2013

CUCUR BAWANG


Ada yang panggil cucur ini sebagai Cucur Udang, Cucur Taugeh dan sebagai nya. Walaubagaimana pon ia adalah cucur yang sama.

Jom kita semak RESEPI ...

BAHAN A - CUCUR (digaul semua sekali)
2 cawan Tepung gandum
2 biji Bawang besar (dihiris sederhana tebal)
segenggam Taugeh
6 pokok daun Kucai
Sedikit Udang hidup (dibuang kulitnya)
4 sudu makan Minyak masak/butter yang dicairkan (untuk melembutkan)
sedikit air yang bercampur garam
*Ada yang suka tambahkan telur kedalam adunan tepung diatas, tetapi saya lebih gemar yang tanpa telur.

BAHAN B - CILI BAWANG (Gaul semua bahan yg di bawah dan terus dihidangkan. *TAK PERLU DIMASAK)
Sedikit asam Jawa  sebesar duit 10 sen + 2 sudu besar Air
3 sudu besar penuh Gula Putih
6 ulas Bawang Kecil (dihiris nipis-nipis)
10 biji Cili Kering +
sedikit belacan + garam (Tumbuk. JANGAN ditambah air/biar pekat, kalau nak tambah guna air asamjawa di atas)
*Cili Kering boleh juga di rebus dahulu jika mahu (Cili kering aja...tujuan untuk melembutkan cili).
Tetapi KEENAKAN CILI BAWANG lebih terasa jika Cili Kering yg digunakan TIDAK DI REBUS
*Pastikan Kuah Cili yag terhasil adalah yang pekat.


* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Post a Comment