Thursday 14 February 2013

KEK LAPIS SARAWAK BLUEBERRY


Jom kita semak RESEPI .....

(Sukatan untuk loyang 8 x 8)
BAHAN A
140 g Gula Halus
500 g Butter
30 g Ovalet
300 g  Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A
50 g Susu Tepung atau horlick
270g Tepung Hong Kong

BAHAN C
100 g Jem BlueBerry


Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul
3. Masukkan Susu tepung/horlick dan Tepung Hong Kong
4. Bahagi kpd 2 adunan.
5. Satu bahagian dibiarkan berada dalam bowl, diwarnakan Purple dan dicampurkan Jem BlueBerry (adun dgn perlahan sehingga sebati)
Satu bhg lagi dibiarkan perasa asli

 
Cara Melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan perasa asli ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan dengan alat penekan untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapukan sedikit butter pada lapisan tadi.
8. Ulang step 3-7 diatas dengan perasa BlueBerry, asli, BlueBerry, asli..... dan seterusnya sehingga adunan habis.

* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Post a Comment