Thursday 14 February 2013

BIHUN SINGAPORE



Boleh sebagai sarapan pagi atau minum petang. Memang sedap bau udang kering dan lada hitam umphhh!

Jom kita semak RESEPI .....

1/2 paket bihun (beras) di rendam 1/2 jam dan disejat
3 genggam taugeh segar

BAHAN A
sedikit minyak
10 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (ditumbuk)
4 tangkai daun sup, dihiris sederhana panjang

BAHAN B
Fish Cake
Fish Ball
10 ekor udang hidup

BAHAN C
5-6 cawan air untuk dijadikan sebagai kuah (*kalau berkuah lagi sedap)
1 kiub Ayam KNOR
sedikit garam

BAHAN D (Untuk taburan)
1 biji cili merah
2 biji limau kasturi
Daun bawang/daun sup
Kacang tanah yg telah digoreng

Cara-cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan Bahan A dan goreng sehingga bawang menjadi hampir kekuningan dan daun sup menjadi layu.
3. Masukkan Bahan B dan seterusnya diikuti bahan C
4. Setelah kuah mendidih masukkan bihun.
5. Sebelum angkat, masukkan taugeh. Kacau sedikit -sedikit dan terus di angkat. (Jangan dibiarkan lama kerana taugeh akan layu dan lembik)
6. Tabur bahan D sebelum dimakan.

* Selamat menjamu selera.....

No comments:

Post a Comment