Friday 15 February 2013

KEUTEAU SUP TULANG


 
Jom kita semak RESEPI .....
 
BAHAN A (semua dihiris nipis)
sedikit aje minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
rempah 4 sekawan
sedikit halia

BAHAN B
Air untuk dijadikan kuah
1 kilo Tulang Daging

BAHAN C
1 kiub pati Daging Lembu KNOR
sedikit garam

BAHAN D (Ditabur dalam sup)
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup
Cili Merah/Cili Padi
Limau kasturi

Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A sehingga berbau wangi dan bawang menjadi keperang-perangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga daging empok.
     Note: Untuk mempercepatkan process melembutkan daging
     a. Jangan masukkan garam dalam tempoh memasak
     b. Gunakan lebih bawang putih
     c. Gunakan periuk 'pressure cooker '
4. Apabila daging sudah empok, barulah dimasukkan  bahan C.

Cara menghidang Kueteau Sup:-
1. Sekiranya kuah masih panas,  ia boleh lah terus dicurahkan keatas kueteau yang berada didalam mangkuk.
2. Tetapi sekiranya kuah telah sejuk, didihkan kuah didalam kuali sebentar kemudian terus masukkan kueteau.
3. Sebelum makan, taburkan Bahan D diatasnya.

* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Post a Comment