Tuesday 12 February 2013

KEK LAPIS PANDAN MASAM MANIS

 
Jom kita semak RESEPI .....

(Sukatan untuk loyang 8 x 8)
 BAHAN A
200 g Gula Halus
500 gram Butter
30 gram Ovalet
300 gram  Susu Pekat  Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A
50 g  Susu Tepung atau horlick
270g Tepung Hong Kong

BAHAN C
Masam Manis

Cara-Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul
3. Masukkan Susu tepung/horlick dan Tepung Hong Kong
4. Bahagi kpd 2 adunan.
   1 bhg diwarnakan Hijau + Perasa Pandan (adun dgn perlahan sehingga sebati)
   1 bhg dibiarkan perasa asli
 
Cara-Cara Melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan perasa asli ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan dengan alat penekan untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapukan sedikit butter pada lapisan tadi.
8. Ulang step 3-7 diatas dengan perasa pandan,asli,pandan,asli..... dan seterusnya sehingga adunan habis.
9. Pada lapisan ke 3,5,7,9,11  masam-manis diletakkan selepas sapuan butter (selepas step 7).

*Selamat menjamu selera .....

No comments:

Post a Comment