Thursday, 28 February 2013
BIHUN SUP TULANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Sarapan apa pagi tadi ? Bihun Sup ke ?
Mmmmmmmmmm sedap juga kalau makan panas-panas dipagi hari yang dingin.
Lagi lagi kalau ada cili padi kampong, berasap-asap la !!!!
Jom kita semak RESEPI .....
BAHAN A
1/2 kilo tulang lembu
2 biji bawang besar (dibelah 4)
4 ulas bawang putih (dibelah 2)
Air untuk rebusan
1/2 sudu lada hitam (ditumbuk)
BAHAN B
1 kiub LEMBU jenama KNOR
sedikit garam
BAHAN C
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
seketul halia (dihiris nipis dan memanjang)
3 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
BAHAN D
1/2 bungkus bihun beras
1/2 kati Taugeh
BAHAN E (bahan hiasan dan menyedap)
2 biji tomato
Daun bawang
Daun sup
Cili merah/ cili padi
Bawang goreng
Limau kasturi
Cara-cara memasak:-
1. Masukkan semua bahan A dalam 'Pressure Cooker' dan rebus selama 1-1.5 jam. Jika tiada pressure Cooker, bolehlah dimasak dalam periuk biasa tetapi mesti direbus sehingga daging empuk.
* Untuk melembutkan daging...Semasa merebus
a. JANGAN dimasukkan garam atau sebarang perasa kerana ini akan melambatkan process memasak
b. Jika merebus secara biasa bolehlah ditambahkan lebih bawang putih kerana ia akan membantu mempercepatkan process melembutkan daging.
2. Setelah daging empok masukkan bahan B dan masak <> 5 minit lagi dan boleh diangkat.
3. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bahan C sehingga keperangan
4. Tuang tumisan ini bersama minyak ke dalam rebusan tulang/daging diatas.
5. Bihun direndam bersama sedikit kunyit selama 1/2 jam
6. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan bihun.
7. Alih-alihkan supaya bihun masak serata dan tapis.
* Selamat menjamu selera .....
Labels:
MEE-BIHUN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment