Assalamualaikum,
Nak share resepi ringkas aja, sebagai pencuci mulut selepas kenyang makan tengahari. Maklumlah masih dalam musim durian kan........... Sedap dimakan dalam keadaan dingin/sejuk.
Jom kita semak RESEPI .....
1/2 cawan sagu
50 g gula putih
5 helai daun Pandan
santan pekat dari 1 biji kelapa
6 ulas durian
sedikit pewarna merah
sedikit garam
Cara memasak:-
1. Basuh sagu dan masukkan dalam periuk yang berisi air lebih kurang 3 cawan.
2. Masak <> 5 minit, angkat, tapis dan alirkan air pada sagu (Tujuan nya adalah untuk membuang bauan pada sagu jika ada).
3. Masukkan kembali dalam periuk dan tambahkan air anggaran 2 cawan dan sedikit pewarna merah.
4. Masak dengan api sederhana besar dan kacau selalu sehingga sagu betul-betul masak barulah dimasukkan gula, daun pandan, santan, durian dan garam.
5. Masak sehingga mendidih kembali barulah diangkat untuk dihidangkan.
* Selamat menjamu selera .....
No comments:
Post a Comment