Jom kita semak RESEPI.....
Minyak untuk menggoreng
4 ketul ikan talang kering (di potong kiub-kiub kecil)
4 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
10 biji cili kering (dihiris halus)
10 biji cili padi
Cara Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali (tidak terlalu banyak kerana minyak tersebut akan digunakan sepenuhnya dalam gorengan ini).
2. Goreng Ikan talang kering sehingga masak dan angkat.
3. Dengan minyak yang sama, goreng cili kering sehingga hampir garing.
4. Seterusnya masukkan bawang dan goreng sehingga hampir layu.
5. Masukkan semula ikan kering yang telah digoreng awal tadi. Kacau supaya semua nya bercampur dan seterusnya boleh lah diangkat.
* Selamat menjamu selera ...
No comments:
Post a Comment