Thursday, 14 February 2013

KEK LAPIS SARAWAK SISIK IKAN

 
 
Jom kita semak RESEPI .....

(Sukatan untuk loyang 8 x 8)
BAHAN A
200 g Gula Halus
500 gram Butter
30 gram Ovalet
300 gram Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A
50 g Susu Tepung atau horlick
270g Tepung Hong Kong

BAHAN C
Masam Manis

Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul juga dengan kelajuan yang sama.
3. Masukkan Susu tepung/horlick dan Tepung Hong Kong dan pukul dengan perlahan supaya ia bercampur sahaja.

Cara Melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Ulang step 3-5 diatas untuk dapatkan 3 lapisan pertama.
7. Untuk lapisan yang ke 4, selepas sendukkan adunan dan ratakan (step 3), cucuk masam manis ke secara posisi yang condong kedalam lapisan tersebut (hingga agak-agak menjunam ke lapisan ke 3) untuk memastikan ia boleh berada dalam posisi  tersebut dan bakar.
8. Ulang kembali step 3-5 diatas dan sekira nya pada lapisan tersebut sudah tidak kelihatan masam manis lagi, bolehlah diulang step 7 kembali. Begitulah seterusnya.
 
* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Post a Comment