Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat sekalian.
2
minggu tidak berONLINE dan berinteraksi terasa begitu lama sekali... emmm
Bicara
pertama saya dalam blog ini adalah berkait rapat dengan kemudahan IT dialam
maya ini. Alhamdulillah, kita semua sebenarnya amat bertuah kerana dapat
menggunakan facility-facility yang canggih ini yang telah di rekacipta oleh
pakar-pakar IT yang mana telah membolehkan kita berinteraksi antara satu -sama
lain saperti seolah-olah kita semua berada sebelah menyebelah, padahal seorang
berada di utara, manakala seorang lagi nun jauh diselatan. Malah ada yang
beribu-ribu batu jauh diseberang laut.
Sebenarnya setiap apa yang
direkacipta itu adalah bertujuan untuk kebaikan. Tetapi ada juga yang telah
menyalah gunakan kemudahan yang disediakan kearah jalan yang salah saperti
untuk penyebaran fitnah, kata-mengata, caci mencaci disamping memaparkan
gambar-gambar yang tak sepatutnya dipaparkan. Kepada yang tahu akan kebaikan
kemudahan tersebut, akan menafaat kan untuk memajukan diri, keluarga dan negara
am nya.
Facebook, Pages, Blog, twitter
antara nya dan banyak lagi sebenar nya memang dah lama berada dan beroperasi di
alam maya ini. Cuma saya dan mungkin ada yang masih ketinggalan untuk memiliki
nya ketika itu dek kerana kekangan masa dengan tugas-tugas pejabat yang tak
kunjung habis. Tapi kerana tidak mahu ketinggalan dengan pelbagai teknologi
canggih ini, cuba juga mencuri curi masa di waktu petang dan malam mengikuti
blog-blog yang sedia ada.
Pada pertengahan August 2012, mula
timbul rasa nak memiliki Facebook sendiri tetapi masih tak bersungguh. Sehingga
lah pada penghujung 2012 minat makin bertambah-tambah, selepas melayari FB dan
blog-blog dengan resepi-resepi yang Umpp!!! amat menyelerakan dengan foto-foto
yang menarik. Dari situ terfikir kenapa tidak diteruskan kerana minat memasak
memang dah ada sejak dari kecil, kenapa tidak dikongsikan dengan yang lain.
Maka dari Facebook...dapur FHA
direkacipta. Disitu lah... di ruang maya ini saya bertemu sahabat sahabat dan
bertegur sapa ... di panjangkan pula ke Pages dengan ruangan dapur yang lebih
selesa, sesiapa sahaja boleh memasuki tanpa ada nya dinding penghalang. Dan
kini dapur berpindah lagi untuk kali yang ke 3 ke rumah yang lebih-lebih luas,
lebih lebih selesa, ibarat sebuah bunglow. Cewah cewahhhh...
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan
pula tempat bertemu dan tempat bersembang dengan sahabat-sahabat sekalian. Jadi
dapur yang dulu nya beroperasi di Facebook dan Pages, kini di upgadekan menjadi
ruang makan. Jadi sambil-sambil makan tu boleh lah kita berbicara dengan lebih
selesa dan tenang.
Bermula
dengan Facebook, kemudian Pages dan menyusul Blog. Semua nya mempunyai tujuan
yang sama ia-itu untuk berkongsi ilmu yang dianugerahkan oleh ALLAH ini
terutama dalam bidang masakan selain mula berjinak-jinak menceburi bidang
fotografi sebagai hobi baru. hehehe...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...Secara rasmi nya kini 'Intai-Intai Dapur FHA' mula beroperasi di sini.
No comments:
Post a Comment